-PETER PAN DAN WENDY-
Kau kata
Kau cinta aku
Iya, kau cinta
Itu yang kau kata
Kau mahu limpas ke angkasa
Dongeng cinta perkasa
Kata kau; hiburkan aku yang sedang sepi
Bawa aku terbang pergi
Kau kata
Aku Peter Pan dan kau Wendy
Tika malam
Terbang, terbang, terbang
Terbang tinggi-tinggi
Dan tika kita terbang bersama
Kau terlalu teruja
Kau melihat semua
Kau mahu semua
Kau lupa tentang Peter Pan dan Wendy
Kau lupa [yang] kita harus kembali
Akhirnya aku yang pulang sendiri
Esoknya kau kata lagi
Aku tak setia
Meninggalkan kau sendirian di angkasa
Sedang waktu itu kau alpa
Tidak cukup kunang-kunang kau kejar bintang
Tidak cukup bumi rahsia langit kau terokai
Sekarang kau kata lagi
Kau tidak lagi mau jadi Wendy
Tidak mahu dengar tentang Peter Pan
Itu nenabobokan si anak kecil
Dan kau lantas berlari pergi
Ke arah bintang dan langit tinggi
Ah! Terserah saja!
Kerana aku pasti
Sejauh mana imiginasi cinta
Tidak pernah kau bawa aku mengembara bersama
Dan tidak kau perduli
Bahwa sebenarnya kau yang meninggalkan aku disini
Sementara dongeng Peter Pan dan Wendy
Hanya lah alasan untuk kau
Menggapai bintang angkasa tinggi...
-catatan John si ‘orang gila’-
-0237 Khami Sept 18, 2009, wilayah separa sedar-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan