Rabu, 29 April 2009
rockstar pon berlatih gigih,.. inikan lagi dah jadi hero gitar
gig dah dekat ni,..
studio baru aku dengar si ginjiduda dah set up macam dalam klip video kat bawah ni..
beta,.........memang beta la...
layan.....layan.......
aku rasa mamat ni tengah takde mood,..
mesti dapat tekanan punyalah.
kasi dia balut baru ok kot.
wakaka
yo fazakar!!!!
aku teringat kes dalam studio ayem dulu.
huhuhuhu
fak fak muthafak, fak fak.... ko pun mula mencarut!
si ayem menyumpah2 kat ko,..
kikikiki
topeng dari gopeng,...untukmu si teging.
Selasa, 28 April 2009
Bad Boy Needs Salvation
of being a bad boy of slum literature?
Do i even give a damn
of myself being Collinwood Rocky
subjugated in your frame of self-disaster..
This is my story, My Whisky, and my takes on life's candid hennesy
I can take u fly from here to eternity
And u even find yourself asking how on earth u get on this Kane's Vanity
Should I care about what's ringing inside your mind!
Cos' I smell only the sheer pulse of hate!
It's even worse than poodles on the blade
Whip it & shove it deeper up your arse
Then it makes u good and I think it's time for u to move on and flush..
One last advice from daddy
'Aim properly before pissing!'
Sometimes, i could see u still peeing at the same time when u're walking..
(Learning) takes time, dude...
<Double-Cheers for SSP>
sedikit tentang brader "poorjangga"
Post kali ini wa nak bagi kelainan sikit,
wa kasi sikit slot blog ni kat seorang brader yang jambu ni,
wa dah kenal lama,.tapi 2-3 hari ni wa baru perasan,.
iras muka serta karekter dia tak tumpah seperti:
"mahatmagandhi"
Siapa dia Brader "poorjangga" tu?
ok dengar ni,.....beliau cakap....
-Beliau pernah tinggal di jamaica 10 tahun lalu, merempat jual air bali dan asam pedas ketika disana.
-Beliau memang tersangat obsesi kat bob marley semenjak sekolah rendah.
-pernah berasmara bersama gambar "kate winslet" ketika berada tingkatan 3 cekal.
-hobi memasak,mengumpul awek dan mengumpul klip video lucah melayu.
-makanan kegemaran ialah yang berkuah dan berasaskan kari.
-minuman kegemaran ialah air suam .(isk,..macam siapa yek?)
sedikit kata-kata "poorjangga" yang beliau coretkan di bawah ini untuk dikongsi sebagai renungan kita bersama,
selamat membaca .....................chiowwwww
Ni dia Gambar Brader "Mob Barley." a.k.a brader "poorjangga"
kata-kata hikmah "poorjangga" dari Brader Mob Barley.
1)"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"
2)"Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan"
3)"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang
di langit dan rendahkan hatimu
serendah mutiara di lautan".
4)"Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi
kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan
keserasian berkumpulan."
5)"Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya
tidak seperti yang diimaginasi"
6)"orang yang kentut tidak berbunyi.....biasanya akan ketawa".
7)"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat."
8)"orang yang kentut dan senyum memanjang
ialah orang yang dah terkencit"
....apa senyum senyum?......................lu terkincit ke?
9)"Akal itu menteri yang menasihati,
Hati itu ialah raja yangmenentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat,
kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan".
10)"Jangan kamu meludah ke langit,..sebaliknya ludah la ke cipap.
nescaya ia kelihatan seperti bibir merah yang basah"
(brader"poorjangga 2009")
Isnin, 27 April 2009
kuo-teh of today
Ahad, 26 April 2009
- TERBAIK, HITAM -
Aku bukan seorang pahlawan
Tidak aku mendabik memartabatkan bangsa
Tetapi aku tidak mencebik perihal kau
Yang donggengnya ampuh dijalan ke wilayah sorga
Itu satu daerah kepunyaan kau yang tak aku ceroboh
Hak kau
Kerana aku bukan pelampau
Terkadang aku termanggu
Memikirkan tiada nilai ‘bil hal’ dihati kau
Yang dizahirkan cermin badan kau, itulah batin kau
Akan hadirkah perasaan berkasih,
Ketika itu perihal engkau?
Mahukah keliling kau patuh,
Sebegini perlakuan kau?
Mungkin itu semua perdajalan perasaan aku sendiri,
Itulah halnya yang menggongkong tenggorok aku.
Dari berbiadab mencemuh kau.
Tetapi aku kira, hanya emosi yang kalah ditijak aku
Biarkan aku yang separa sedar kerna akal aku masih waras…
- catatan John si 'orang gila' -
- April 26, 2009, wilayah separa sedar -
Jumaat, 24 April 2009
- HARI INI DELAPAN BELAS TAHUN NAN DULU ( KEINDAHAN ALAM ) -
- HARI INI DELAPAN BELAS TAHUN NAN DULU ( KEINDAHAN ALAM ) -
Hari ini delapan belas tahun nan lalu
Termaktubnya hukum dipokok Luh Mahfuz
Bahwa satu lagi keindahan alam dicipta
Diletakkan diantara dunia bersatu Adam ibunya Hawa
Untuk dicintai, untuk dihargai
Hari ini pada delapan belas tahun nan lalu
Dipamirkan keindahan alam itu
Bersama langit yang meluas, taburan bebintang cantik dikekang gelita pahit malam
Digendangkan tabor, telah lengkaplah keindahan alam itu
Didengarkan laungan Maha Besar Si Pencipta
Bersama bebintang terpilih, ditemani sentiasa
Makanya aku alpa keindahan alam itu
Tersihir diri aku dengan kebebalan dan haloba
Menganggap diri kerdil ini gagah, mampu
Tercuit mengagak dicuri keindahan alam itu
Bagi mencapai maksud memiliki
Maka,
Mana diamnya sang langit meluas?
Mana diamnya bebintang cantik?
Mana diamnya gelita pahit malam yang melemaskan?
Bagaimanakah nasib
Sang penyair lain yang mencari arah alunan qasidah jiwa melalui kau, keindahan alam?
Jika hadirnya aku sebagai pencuri?
Sayangnya,
Sang pendengar yang tak mau mengerti
Sayangnya,
Mulut terkunci bisu, telinga tersumbat tuli
Apa fungsi aku berdiri disini?
Mendendangkan irama beku syair menyanjung kau keindahan alam
Tetapi bukan maksud aku mahu ditepuk, mahu dipuji
Tidak sesekali,
Kerna aku berdiri berlandaskan niat tersendiri
Nah!
Aku pulangkan keindahan alam ini kepada yang hak
Telah aku lucutkan;
Kebebalan
Bangga
Keceluparan diri
Maka ampuni aku langit nan meluas, bebintang cantik dan gelita pahit malam
Kerna telah aku curi keindahan alam, sejenak
Bagi mendendangkan syair beku
Bagi meraikan hari ini delapan belas tahun nan lalu
Aku arahkan himpunan rapat jemari aku
Aku doakan selamat ulang tahun wahai keindahan alam
Selamat dan indahlah sepanjang tahun…
- indahlah sehingga hari pengakhiran walaupun tak semestinya aku sebagai penyanjung tetap engkau -
- catatan john si orang gila, Jan 27, 2009 -
Rabu, 22 April 2009
- PUISI UNTUK AL -
Sekejap pandang
Kau pun menghilang
Termenung suria menanti silihnya bulan
Walaupun terlalu dekat
Tetapi tidak berselisih bulan dan suria
Melainkan waktunya gerhana
Adakah aku terlepas waktu itu?
Atau aku yang terlalu bodoh
Mengisi gerhana dengan pengalaman suram silam yang tak berguna?
Atau alpa dengan cahaya yang seketika
Lalu telupa akan keindahan cinta kegelapan…
Kau jauh menandingi aku
Hanya rumput dendalion di bawah teduhan gaharu
Yang berharga
Aku perlu akan teduhan kau
Dan biarlah aku memperagakan bayang kau nan seketika
Yang menaung aku yang melata
Tangan aku tak pernah disambut
Biar berdepa, biar kejung tendon aku
Namun ;
Tidak pernah ada yang sambut
Hina benar tangan ini
Sopak
Kudis
Fungus
Hanyir
Tapi aku syukuri kehinaan tangan ini
Betapa pun jijik,
Biarpun tak pernah kau sambut
Dan aku sentiasa sedar
Aku kecil…
- catatan john si orang gila, Disember 22 2008 -
Biar Hati Kosong.. Tapi Otak berisi II........
Yg diputarkn dr sebuah ke sebuah…
Lagu yg riang,tawa dan ceria..
Yg tidak lekang dengan jenaka dan senyuman..
Aku sering menggambarkn diriku seorang yg ceria dan senantiasa gembira..
Kerana aku lebih selesa begitu.. lebih selesa hariku indah…
Tetapi ku tidak mampu menipu… jauh di suatu sudut hati ku…
Aku masih tidak ketemui lagu itu…
Sebuah lagu yg masih belum pernah hadir dlm hidupku..
Sebuah lagu yg tidak pernah berkumandang dalam diriku..
Sebuah lagu yg tidak pernah berdendang dalam jiwa dan hatiku...
Sebuah lagu yg bisa membuat jantungku berdegup laju...
Itulah yg ku cari slama ini...
Itulah yg ingin ku dengar dan nikmati…
Itulah yg ingin ku rasai dan selami…
Hanya itulah yg ku ingin benar ketika ini…
Kendatipun ku tercari-cari lagu itu…
Aku sedar.. yg ia akan tetap hadir dalam hidup ku satu masa nanti…
Yg perlu ku lakukan.. hanya sabar dan terus belajar merasai lagu itu apabila ia mula dibisikkan…
Dan akan ku terus putarkan lagu hidup ku tika ini…
Lagu yg riang, tawa dan ceria bersulam jenaka dan senyuman…..
Selasa, 21 April 2009
- HARI-HARI GEMBIRA -
Semangat untuk terus hidup masih lagi berada ditahap optimum. Dalam kekalutan waktu yang berlalu laju tanpa hairan untuk menoleh ke belakang, setiap hari aku akan bertambah umur.
'Apa yang kamu kerjakan didunia akan dibalas dengan adilnya di hari pembalasan'.
Sentiasa aku ingat, dan sentiasa itu juga perasaan gementar menyelinap ke segenap pelusuk unjuran urat dan pembuluh darah. Makin tambahnya ketuaan, makin kegelisahan mendidih. Tetapi entah, dan diikuti dengan helaan nafas yang panjang...
Hebat, seharusnya hari-hari tua yang sentiasa mendatang mengajar kita menjadi semakin dewasa dan semakin terasah ketajaman minda bagi membuat pertimbangan yang rasional dan sewajarnya. Mungkin permulaan hari pertambahan usia aku pada tahun ini dilihat sedikit ganjil. Bangun dari tidur ditengah-tengah kumpulan lelaki separuh bogel (hanya berseluar tanpa baju) yang masih tidur merengkot kesejukan dek angin belahan kipas siling diwaktu pagi. Apa yang lebih ganjil untuk memulakan hari pertambahan usia selain dari perkara diatas? Aku bangun mengusap muka dan menenyeh mata yang masih kelat. Tidur selama kurang satu jam bagi menggantikan tidur malam, adalah satu idea yang tidak sihat. Simptom-simptom sakit pinggang, murung, air kencing menjadi sedikit kotor warnanya, kecelaruan, fatik, dan 'moody' akan seharian menemani anda selesai sahaja tidur yang kurang daripada satu jam.
Tugas memasak menguatkan keazaman melawan kelat mata. Bingkas bangun, cuci apa-apa yang patut, terus ke dapur. Kangkung dan ayam, bahan utama yang bakal di cabuli dengan resepi bujang ala mak bapak yang masak. Output akhir ; kangkung masak belacan, ayam masak asam pedas, ayam digoreng dengan tepung sedia adun, dan masih lagi ayam iaitu telur ayam dadar. Sedap. Bukanlah makanan yang mengecewakan untuk memulakan hari pertambahan usia. Syabas kepada rakan-rakan bujang dari Batu Pahat yang hebat memasak.
SMS diterima dari seorang sahabat, Kafak, mengundang makan malam santai bersama Nik Aziz ( salah seorang sahabat lama sewaktu di Shah Alam ) dilokasi sekitar Damansara. Apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas perjalanan ke lokasi agak menarik. Aku berada dalam keadaan 'trance' dimana sebelum memulakan perjalanan, shot yang diambil agak berlebihan. Ditambah lagi dengan peralatan yang sangat asing bagi aku. Gelisah sepanjang perjalanan, perut memulas-mulas, kadar degupan jantung turun rendah agak drastik. Ah..sudah... Peluh-peluh od bertompok didahi dan belakang badan walau pun ketika itu kereta cik Misi menghamburkan udara sejuk nyaman dari bolongan saluran penghawa dingin. Kerisauan akan kegagalan mengawal trance ini akan mengakibatkan aku terlepas peluang untuk santai bersama Nik Aziz, Kafak, cik Misi (asal pompuan mesti misi) dan seorang lagi rakan kepada Nik Aziz yang aku sendiri tak pasti akan namanya. Bukan selalu dapat duduk santai bersama rakan-rakan lama. Ternyata aku tetap dikecewakan oleh diri sendiri. Tidur bersendirian didalam kereta di lot parkir bawah tanah lebih dari satu jam. Bangun dengan kecelaruan, terus menuju meja dimana rakan-rakan sedang rancak berborak. Terima kasih cik Misi atas pint yang anda belanja. Pertemuan yang bagus, cuma aku yang tidak bagus...
The Don Tomas Allegro Maduro is quite a long name for a cigar but with so many brands to choose from you have to be somewhat distinctive so that people will remember you. This cigar lives up to it’s long name and long well deserved reputation of the Don Tomas brand. The size of the cigar was the Robusto which measures 5 1/2” x 50 ring gauge. This is another great cigar from the folks at the General Cigar Company. It comes packed in a nice black aluminum tube lined with cedar and cork on the tube cap to guarantee freshness.
Flavor and Aroma
This yet another maduro cigar that will surprise you with how light and smooth it is. This is very similar to another General Cigar brand, the Macanudo Hyde Park Maduro. The Maduro wrapper gives the cigar a touch of sweetness.
Review diatas dipetik daripada laman web Review of Don Tomas Allegro Maduro Cigar. Kenapa aku petik? Ini adalah ihsan daripada lagi rakan-rakan terdekat iaitu saudara Poligarang dan cik Farmasi. Mereka faham amat tentang kegilaan aku terhadap cerut/curut istimewa. Sama ada mereka sedar atau tidak, aku sedang berada didalam hari pertambahan usia aku dan menerima sebatang cigar yang berjenama agak sinonim didalam dunia curut/cerut ditemani 20cl Chivas Regal 12 years aged adalah token yang sangat mengembirakan. Cigar yang disiapkan dengan sentuhan balutan maduro, uncutted, dan bau yang sangat enak meskipun belum dijamah api lagi, estetika yang amat aku rindui dan didambakan daripada sebatang cerut/curut. Ahhhhh.... Sebatang cerut/curut yang seksi. Dan aku amat berpuas hati pada hari ini walaupun tidak sehebat manusia-manusia lain yang lebih meriah hari pertambahan usianya. Terima kasih rakan-rakan yang secara sedar atau tidak, telah sama-sama berada di hari itu bersama aku...
- CIGAR IS THE NEXT AND THE CLOSEST BEST THING EVER HAPPENED TO ME AFTER HEMP... -
Isnin, 20 April 2009
Cemerlang, Gemilang, Terbilang,.. Temberang!!!! terjenang??
- TRAGIC FIGURE -
Don’t take not one step to affront anymore
Not to even add on the momentum
Alas, where am I?
So must I at the middle now?
Just if I don’t know where’s the beginning nor the end
And owh yes my friend, I loves the beginning
Where the anticipation of the out comes is everywhere in the air
Where everything is empty is rather a clearer view
And I will tell you the matter of the end
It’s where the emptiness been fully occupied
With all sorts of sins, immorality, dark politics and social sickness
Should I ever love the end?
Nay, and nor should anybody
And when the end is the beginning
That I’ve to end everything for a beginning
And I’ve to begin to end everything
Only then will I love the end
Alas, please do tell me where I am, my friend
After all, I can’t see the beginning nor the end
So, where do I belong to?
Only in a scrap of memento?
My friend, it’s time to suffer…
Hold your glass up above your head and salute…
For I, as you always reckoned, am a tragic figure…




