- PUISI UNTUK AL -
Sekejap pandang
Kau pun menghilang
Termenung suria menanti silihnya bulan
Walaupun terlalu dekat
Tetapi tidak berselisih bulan dan suria
Melainkan waktunya gerhana
Adakah aku terlepas waktu itu?
Atau aku yang terlalu bodoh
Mengisi gerhana dengan pengalaman suram silam yang tak berguna?
Atau alpa dengan cahaya yang seketika
Lalu telupa akan keindahan cinta kegelapan…
Kau jauh menandingi aku
Hanya rumput dendalion di bawah teduhan gaharu
Yang berharga
Aku perlu akan teduhan kau
Dan biarlah aku memperagakan bayang kau nan seketika
Yang menaung aku yang melata
Tangan aku tak pernah disambut
Biar berdepa, biar kejung tendon aku
Namun ;
Tidak pernah ada yang sambut
Hina benar tangan ini
Sopak
Kudis
Fungus
Hanyir
Tapi aku syukuri kehinaan tangan ini
Betapa pun jijik,
Biarpun tak pernah kau sambut
Dan aku sentiasa sedar
Aku kecil…
- catatan john si orang gila, Disember 22 2008 -
8 ulasan:
aiyoh.kenapa bunyik sangat merendah diri?
why does the saying "poet has third eye" come up in the first plc u tink? because they have the vision, revelation and semestinya berjiwa besar. unless u check in to the other category, which is i dunno whats the name.
thank u.
merendah diri... 'dont let people ouside of the family knows what you are thinking' sedutan dari the god father.. mungkin lebih selesa merendah diri sedikit dari berbangga dengan omongan kosong mencari sengketa, ada betul?heh... atau lebh tepat sekali 'aku telah direject bulat2!'. cis betul! ahahahaa....
ahaha,..aku ingatkan tajuk post "PUISI UNTUK AL-" adalah khas untuk "AL-TANTUYA".
hehehe
tak pun "AL-KAK IDA" warung timbang terbaik di pesta dua.
best puisi ni...nnt coretkan kat dinding pekik ye....
puisi ni untuk al...al...alah, aku lupe la...hehe... jangan kan kat dinding rumah dean, kat bonet depan kereta kau pun aku bole air brush kan... aku sain kat coli kau nak tak?
nk yg ori pny jgak...xnak ade perubahan...hea2..;)
coli i ada byk ruang untuk u sain,..nak lukis pelan rumah pon bole.
jom beli kasut kat kedai saya.. harganya semua rendah2, tk perlu rendah diri untuk beli..
mari mari mari..
tapi tangan itu gitar hero..
Catat Ulasan