Rabu, 8 April 2009

-SEMALAM, AKU DAN KAU-

Baru semalam

Paru-paru dibolongi wasap 4000 kimia berbau hemp
Getusan-getusan panik dirembes tiroid dicuit ether
Lambakan adrenalin digasak kontraban meth
Paranoid oleh penenang eramin
Ditolak wain merah, si ‘pulau panjang’ yang tak mampu dicicip lagi
Dimana pun aku lahir,mati pun tak aku lupa siapa aku

Binggar

Hiruk

Pikuk

Baru dua puluh delapan nyawa aku
Tetapi aku sudah terhidrasi, kesemputan
Masakan aku mampu menempuh seribu tahun lagi?

Aku bukan jesut memimpin kemas jemari kau
Tidak aku bukan mahadi pemenuh propesi
Bukan juga pemoral si konfusi
Nilai murni hanyalah mahu aku sendiri
Tujahan-tujahan keras ‘survival of the fittest’
Aku ingin hidup memenuhi diri aku

Pemuitis tua menggulung buluan jagung kering ditemani
Ayam jagoan nya
Mempersetankan kanak-kanak yang menarik upih
Di situ akhiran yang aku mahu
Berpencak nobat mengalunkan qasidah semesta
Bersama murid yang juga sahabat aku

Dan juga baru semalam

Aku diludahi ekspresi memek mencebik
Bertuankan jantan optimis ‘dunia lama, manusia baru’
Ada sebentar aku kesah?
Aku menghormati mu,
Maka halanglah perasaan kau menjatuhi aku
Kerana demi kenangan

Fikir kau, aku tak seperti kau
Dan tidak sedetik aku mohon jadi seperti kau
Kerna itu kekufuran terbesar terhadap diri aku
Dua, tiga, delapan, atau berjuta insan berlainan
Tapi bersatu harapan, hidup seperti olengan bot diulik tari si ombak
Percuma kekiri, kemana-mana arah
Begitu lah juga mahu nya aku

‘Aku mahu hidup seribu tahun lagi’
Dan jika itu benar, bebaskan lah hidup aku dari dihakimi diri kau

-Retaliasi peristiwa 28 Mac 2009-
-catatan john si orang gila, 29 Mac 2009-

5 ulasan:

SSPerutbir berkata...

at first comes the logos: jon gonzo! hahaha

Gin Jimuda berkata...

jon gonzo? aku dah boleh agak siapa si lazio. ;p

wah,puisi ini sangat liar tari bahasanya, tak semanis isinya yang menjadi takat-sukat budi antara kita semua.

28 mac memang mungkin menjadi kenangan paling indah dan dalam antara kau, aku, kita dan botol-botol noda dunia.

harapnya, kita akan berjumpa lagi seribu tahun yang mendatang - mungkin di ruang yang lain.

si pekur berkata...

*menghela seribu nafas... sesungguhnya, aku amat rindukan bait-bait pramoedya ini...Jelmakan lagi majis-majis ini,untuk tatapan mendatang!

Selamat Datang....

Half moon key berkata...

Gland follower..packing longgar..tighten sikit..product tak memancut lg..70 drop per minute..(as per drawing)

brokeN~Fleet berkata...

Andai enchek Ginji memanjangkan masa berjumpa ke satu ribu tahun lagi...

hanya ku pinta dipanjangkan lagi 'pulau panjang' mu seribu kaki lagi agar bisa ku bertandang ke ruang yang lain~


nachoooooooooooooooooooooooo~ ahai!

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan