Isnin, 13 April 2009

- PELANGI KEKITAAN -

Jangan dijolok aku sebagai si antagonis
Hanya kerna aku cuba menghentikan masa
Menjadi sang pengail pelik
Memancing kembali memori-memori kekitaan
Ditengah-tengah bancuhan kopi zaman didalam cangkir berkarat dunia
Daripada dihirup bibir merekah berkumis gergasi hitam masa
Dan ditelan bolongan tekak peredaran
Maka maafkan canggungku

Telah dua puluh delapan tahun aku merayau melata dibumi tuhan
Yang juga dahulunya didiami para Anbia
Mencari dan mentafsir entiti
Cuba memenuhi kekosongan identiti
Layaknya sang mondok mencari butiran jagung diburitan kapal pedagang timah
Tiada diketemukan melainkan sundalan percanggahan

Aku amat menyintaimu
Engkau adalah aku
Dan aku adalah kita
Kita adalah warna-warna bendera pelangi
Tujuh warna kurniaan langit tanpa cela
Dipuja seraya dicemburui

Maka damailah kita umpama embun dengan daun
Hiduplah kita diantara cakerawala tanpa canggung
Melatalah dengan bebas hingga sampai hari pengakhiran...




-DIHARAP SARANG SENI PEKIK MENJADI SEBUAH MEJA GERGASI DIMANA PENULISAN DAN INFORMASI DIDALAMNYA ADALAH HIDANGAN MINDA YANG TERAMAT LAZAT YANG MENARIK SEMUA INDIVIDU UNTUK DUDUK BERSAMA SECARA DAMAI SAMBIL BERKONGSI MENIKMATI KEPELBAGAIAN HIDANGAN MINDA YANG TERSAJI-

2 ulasan:

SSParpoooooooo berkata...

kau ni kalau dah parpu, parpoo sangat. ni bila menulis ada mesej2 kata pujangga pulak. apa cer? haha

18hb ya????

si pekuk berkata...

Yaa.. Biarkan kita terus berkarya di pentas ini.. Mari CandUkan duniaa!
Meja gergasi, satu visi yang lantang tapi harap dimakbulkan dengan restu malaikat & seni tangan rahmat tuhan.
Teruskan berseloka dengan prosa-prosa jalang..!

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan