Isnin, 6 April 2009

Teging dan nan

“Hmm...dah pukul 5 lah”. Teging (hampir nama sebenar) berkata dalam hatinya. Masa yang sangat ditunggu olehnya. Masa untuk pulang dari kerja, masa untuk bersukaria dan berehat di rumah. Tapi tidak semua kelihatan seperti Teging. Nun di meja tertentu masih kelihatan seekor dua kutu yang cuba-cuba bekerja keras berlebih-lebih masa demi ansuran kereta, set home theater, rumah sewa, astro, duit kredit telefon dan duit streamyx barangkali. Teging memang jarang bekerja lebih masa. Mungkin bayaran gajinya sudah boleh menampung keperluan hariannya.

Tanpa menghiraukan orang lain, Teging mengemas mejanya sambil bersiul kecil. Perutnya nampak berisi sejak 2-3 tahun kebelakangan ini. Berpangkat sebagai Eksekutif di pusat pelupusan najis, Teging memang boleh berbangga dengan jawatannya itu. Walaupun berpangkat besar Teging tidak sombong dan lokek. Lihat saja pada malam minggu, habis semua wanita yang inginkan hiburan dibelanjanya. Hidup Teging tak ubah seperti anak-anak orang politik yang berhibur menggunakan wang projek membina jalan ketika pilihanraya hampir tiba. Walhal wang itu hasil dari titih peluhnya sendiri.

Teging benar-benar diselaputi kemewahan. Nak makan buka sahaja peti ais. Bersusun makanan dan minuman berkarbonat. Nak berhibur boleh menonton tv sepuas-puasnya dan sekali sekala beralih ke DVD-DVD terbaru yang sentiasa dibelinya. Dari cerita aksi, cinta, seram hingga ke pornografi. Inginkan lebih lagi hiburan beralih pula Teging pada permainan video model terkini. Nak tidur, masuk bilik pasang pendingin hawa. Orang gaji saja yang Teging tidak ada. Beliau khuatir akan menjadi topik depan Harian Metro satu hari nanti. Macam Memey.


Teging mempunyai seorang kawan rapat. Setiap hari Teging akan pergi minum teh bersama Nan. Tapi kalau Nan sibuk menarik kereta, Teging akan memperalatkan kawan-kawan yang lain untuk minum teh bersama-samanya. Ya. Nan bekerja sebagai Penarik Kereta. Tapi kereta kawan-kawan Nan akan 'consider' kan untuk tarik. Hanya dengan sms saja beliau. Memang mudah. Nan seorang yang mempunyai tubuh badan yang sihat dan sasa. Setakat nak menebas semak samun, pakai kakinya sahaja. Nan cakap dia tak suka karaoke. Tapi gua tak percaya langsung.

Ketika dihujung minggu, Teging dan Nan gemar bersukan. Sukan kegemaran Teging adalah hoki. Nan pula hanya gemarkan sukan semi extreme seperti membawa bola pingpong dalam sudu. Kebiasaannya selepas bermain hoki Teging akan pergi makan bersama-sama dengan Nan. Selepas makan banyak sisa makanan melekat pada celah-celah gigi Teging. “Leceh betul”. Kata Teging pada Nan. Beliau kena berkumur 2-3 kali. Nan pula selalu gelakkan Teging. Malu Teging dibuatnya. Kini selepas Teging menggunakan Polistrin, Teging tidak ada lagi masalah pada celah-celah gigi. Sekarang Teging yang selalu gelak besar dengan Nan.


P/s- Boleh teka apa iklan? Pemenang mingguan gua akan bagi hadiah misteri. Pemenang bulanan pulak gua akan bagi hadiah Bonanza misteri. Amacam?

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ape bende yang ko membebel ni syaiton?

atan ringgo berkata...

polistrin?

manmankia berkata...

nie cite betul ke rekaan semata2 ketika dialam keasikkan....hehehe...anyway betah la wei! caiyok~

Kokek berkata...

Uhh.. mr white da pecah telurr!

mr white berkata...

atan ringgo- Jawapan salah. Cuba lagi ya.

manmankia- ni cerita kategori sains fiksyen sejarah.

kokek- Pecah, jangan tak pecah.

Lembaga "Hussle" Dalam Negeri berkata...

WAH TELUR ASIN MR WHITE DAH PUN PECAH,..
SEBAGAI HADIAH UNTUK PENULISAN PERTAMA BELIAU...
KAMI DISINI MENGHADIAHKAN SENDIRI "HADIAH MISTERI" DAN "BONANZA MISTERI" KEPADA BELIAU..iaitu

1)tidur semalaman bersama "Nan dan Teging" di sarang,.serta
2)pakej makanan segera(sebungkus maggi,secawan togkat ali dan 2 batang rokok PROMAX kepunyaan teging yang siap sedia dinyalakan.)
sekian,..
selamat mencuba!

mr white berkata...

Uden King-Terima kasih atas sokongan dan hadiah.

si pekur berkata...

Nan & teging jadi ikon pe nieh!

brokeN~Fleet berkata...

ape je

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan