Rabu, 6 Mei 2009

Telor sudah pecah apa.. (2)

CATATAN JELAJAH HUJUNG MINGGU
3 Mei 2009, Ahad. Johor Bahru.

Pagi tu kelat. Aku tidur lena sebab semalam dah penat berjalan jauh. Lepas mandi, kami tonton sekejap rakaman video semalam. Ada bahagian-bahagian footage Crestfallen yang buat aku ketawa berdekah-dekah. Tentang cerita macam ni, En QarmaDharma memang dah banyak simpan dalam kotak pandora beliau. Kalau curiga nak tahu, boleh saja email terus kepadanya. Itupun kalau beliau ada masa nak melayan. InsyaAllah.

Tak lebih 11.30 pagi, kami keluar rumah bertolak ke Kg. Baru untuk isi perut sekejap sebelum pergi ke Puduraya. Credits untuk Enol dan Tini kerana bersusah-susah menjadi supir tanpa upah. Aku meneruskan perjalanan bersama QarmaDharma meredah orang ramai untuk membeli tiket bas ke selatan. Puduraya memang gamat dengan berbagai makhluk Tuhan yang mana masing-masing punya tujuan. Masing-masing mengejar masa. Aku termasuk juga.

“Apahal tiket boleh jadi RM40 ni? Biasa RM31 je apa.” tanya QarmaDharma pada mamat bermisai yang sedang menulis nombor di kertas tiketnya. “Ini bas pesiaran la brader, bukan bas kilang.” mamat tu menempelak setelah aku dan QarmaDharma lekas-lekas usung beg dan cabut dari kaunter tiket tu. Ini tak boleh jadi. Mana boleh senang-senang je mereka makan duit kita kat situ. Mentang-mentang musim percutian, mereka nak ambil kesempatan. Kami berkeliaran di kaunter lain mencari-cari pilihan takdir kami. Memang nasib baik sebab ada tiket yang murah sikit dari harga peras ugut tapi mahal sikit dari harga sebenar. Kami mendapat tiket pukul 2 petang tapi bas hanya mula bertolak pada 2.40 petang. Memang terjebak kalau naik bas di musim-musim percutian ni. Apa nak buat.

Kali ni, gig bermula malam. Aku difahamkan yang Sally Faerie akan beraksi pada pukul 8 malam. Jadi aku harus tiba sebelum itu kerana aku membawa amanat Fazakar di dalam beg yang aku usung dari selatan ke utara dan ke selatan semula. Nasib aku baik kerana kami tiba di Johor Bahru sebelum senja. Petang pun maseh muda. Aku transit di kompleks Angsana untuk berjumpa dengan warga-warga SSP dan Sally Faerie yang sudah lebih dulu tiba di sana. Kami minum-minum sekejap sebelum beransur dan terus menghala ke venue yang terletak di Kampung Pasir.

Gig bermula pukul 8 lebih. Aku tak dapat nak ulas band pertama kerana venue yang terlalu pack sampai tak muat. Rupanya, mereka hanya jadikan studio sebesar bilik tidur sebagai venue gig. Ini adalah pengalaman pertama aku pergi gig yang pakej siap iklim macam ni. Khatulisitiwa. Lain kali aku akan bawa bersama ‘baju panas’ aku.

Sally Faerie bermula dengan lagu ‘G’ yang mellow dan sentimental. Crowd tak seperti sebelumnya. Masing-masing hanya melayan sendiri-sendiri antara suara lunak Su dan bahang di dalam studio. Lagu seterusnya lebih rancak dan membuatkan sikit-sikit orang di tepi dinding tu berasak-asak sesama sendiri. Kononnya aku nak slamdive tapi aku yakin yang badan aku dah tak berapa nak ringan.Aku sibuk ke sana sini mencari shot yang cantik dengan kepala dan tangan dan kaki kadang-kadang engkar arahan dari otak. Nampaknya, ‘kacang hijau’ sudah memberi kesan. Pom!

Lagu terakhir mereka dipetik dari demo yang telah mula diedar sejak tahun lepas, Bukan Maksudku. Secara keseluruhan, persembahan Sally Faerie menghiburkan. Mereka punya lagu-lagu yang melodik dan mampu tembus deria dengar umum, kalau itu yang mereka kejarkan. Namun, CD maseh belum dapat terjual dalam skala besar. Jadi kamu dinasihatkan untuk segera respon terus untuk mendapatkan CD demo mereka. (eh, terpromosi pulak)

Malam itu, kami bahagia bersama-sama lepak minum dan gebang-gebang politik kangkung. Lewat 10 malam, Fami dan Rizman (Embrace Records) mempelawa kami untuk singgah di EmbraceHall yang mana mempunyai konsep hampir sama dengan SSP. Tapi mereka lebih advance di mana pusatnya adalah rumah kedai. Ruang yang lebih luas dan kapasiti yang lebih besar memang sesuai sangat untuk buat gig-gig skala sederhana di sini. Ada puluhan CD dan kaset diletakkan di rak-rak untuk dijual. Baju-baju T punk hardcore pun ada disangkut dan dipamerkan. Semuanya dalam harga yang agak berpatutan.

Kami tak lama di sana. Oleh sebab masing-masing pun bekerja keesokan harinya, kami akur untuk bergerak pulang ke Batu Pahat. Malam itu jadi malam yang agak panjang untuk aku. Kepala yang maseh bersisa khayal hanya melayan perjalanan pulang yang selamat melepasi dua sekatan jalan oleh polis walaupun cukai jalan kereta sudah tamat tempoh dan maseh ada sepeket sawi di dalam poket. Hanya bertaruh dan tawakal. Kami memang selalu begini.

Nampaknya, perjalanan 3 hari aku dah tamat.Aku tiba di daerah ini jam 2 pagi, 4 Mei 2009, tidaklah selelah mana setelah berjalan jauh kerana banyak yang ditimba sepanjang jelajah kali ni.

Si Pekik dah sedia menunggu di pintu. Okaeri Nasai!

*** Kurang faham cerita dari awal? Sila klik sini.

4 ulasan:

SSP berkata...

review yg cun! dah deflowered la di ssp online nampaknya?

spender berkata...

cheitt, jebak!

Gin Jimuda berkata...

haha.apa jebak pulak?ok apa.

cun ke? thanx. i'll be working for more.

brokeN~Fleet berkata...

hai.. i miss u.. wekkkkk :p

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan