Ahad, 20 September 2009

-LEBARAN YANG ASING-

-LEBARAN YANG ASING-

Disubuh yang aman ini
Tika embun masih berbuai dihujung mimpi
Dan disetiap udara membiaskan takbir kemenangan
Dikesibukan para jemaah bersiap sampin songkok
Aku termangu-mangu menunggu giliran mandi
Mengelamun sejenak tentang kamu
Teramat indah...

Sayangnya aku perlu berasa sunyi
Dilebaran ini yang tak kan ada kenangan
Tentang warna-warna baju baru kamu
Atau panjangnya rambut kamu
Juga tidak tentang senyuman kamu
Bahkan jauh bersalaman dengan kamu
Tidak akan ada itu semua
Dan lebaran ini terasa semacam asing

Aku mencari-cari didalam kotak memori
Bicara kita tentang indahnya lebaran bersama
Atau janji berbaju sewarna
Bertukar kunjungan
Bersama makan kenyang dan minum banyak
Tika itu bicara kita berseli dengan tawa lunak kamu
Dan betapa hati aku terasa bersebelahan dengan kamu tika itu
Walau aku hanya si pemuja suara
Melafazkan puisi-puisi cinta dipembesar suara telefon

Bahgia dan indah kah lebaran kamu disana?
Ketika ini kamu yang masih mengecapi cinta
Cukup lamunan sampai disitu
Oh masa! Bergegas lah berlalu
Kerna aku teramat merindui kamu...


-catatan John si ‘orang gila’-
-subuh 6 pagi, 1 shawal, 1430 tahun hijrah, WILAYAH SEPARA GILA-


~aku TERAMAT RINDU kamu!!!!........

4 ulasan:

saya su berkata...

kamu rindukan siapa john?

Lambaian Moscow (Angkatan GPSSP-81) berkata...

umm...

Mat Amin berkata...

Terima kasih

Salam dan Selamat Aidil Fitri. Bersempena hari lebaran ini, saya memohon maaf zahir batin sekiranya terdapat apa juga yang tersinggung atau sebagainya.

Semoga kita sentiasa mendapat hidayatNya

Salam

Mat Amin

patungcendana berkata...

salam aidil fitri untuk kau juga...yeah...long holiday...lets celebrate...:-)

ps...kenapa kau tak berhari raya?

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan