Sabtu, 12 September 2009

-RAHSIA UNTUK ADIK KU-

-RAHSIA UNTUK ADIK KU-

Mari kemari duhai adik ku
Duduk disisi dan jangan menangis lagi
Kerana terjatuhnya gula-gula sebiji
Mari aku sapu bersih air mata mu
Dan jika kau berjanji untuk berhenti menangis
Akan ku tunjukkan satu rahsia

Sekarang berjanji kepadaku rahsia ini kita berdua
Dan pejamkan lah mata mu, hitung sampai tiga
Kini ditangan mu sebutir bintang tanpa nama
Sinar unggu memang sesuai dengan mu
Yang bersinar itu adalah keperibadian mu
Selagi cahayanya terang
Pasti kamu mampu untuk terus maju

Dengar dengan teliti
Akan ku ceritakan rahsianya pula
Rahsia ini dinamakan hakikat insani
Bintang yang ditangan mu adalah pentadbirnya
Setiap tindakan kamu tercetus pertama disitu
Dan disitu pula terjadinya kira timbal benar salah
Juga tempat lahirnya suka, duka, setiap macam perasaan
Dan jagalah kau akan sinarnya
Yang dipengaruhi setiap perhitungan mu
Jika terus cerah bersinar
Menyatakan baik pekerti mu
Dan jika malap terus padam
Sebaliknya yang itu

Kini bintang itu milik kamu
Simpan dan jagalah ia didalam dada mu
Nyatalah kamu seperti mana insan-insan lain
Dan bintang itu kini
Bernama hati…

-catatan John si ‘orang gila’-
-1558 Jumi Sept 11, 2009, wilayah separa sedar-

Tiada ulasan:

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan