Jumaat, 23 Oktober 2009

No Use For A what???


.....sedang menunggu Tony Sly dan 'bandmates' No Use yang lain 'sound check' di atas pentas dengan kepala beratmosferakan khayalan rumput, tiba-tiba bahu kanan aku ditepuk dari belakang. Aku toleh ke kanan namun tiada entiti yang berdekatan di sebelah kiri sekilas aku menoleh ke kiri dan aku dapati seorang gadis yang ayu juga muda umurnya sedang bergelingan air matanya.


"tolong saya bang.." kata gadis muda itu..


ah.. tuhan memang dah sumpah aku mempunyai hati yang gemersik tatkala wanita meminta pertolongan.


"ape masalah la pulak ni" dalam monolog..

"err.. awak kenapa?" soalan timbal yang ringkas tetapi mewajahkan kebimbangan...


esakan makin deras, sesekali sedutan hingus gadis muda menjadi jalinan irama sedu-sedan lagu tangisan. hanya soalan sebegitu makin bertambah pulak air mata gadis muda ni? lantas aku tarik perlahan ke dinding berdekatan biar gadis muda ini fokus dengan aku tanpa keraguan.


"awak kenapa menangis?"
aku lanjutkan pertanyaan sebab aku malas nak meleret..

" 'purse' saya hilang"
katanya dengan nada malu dan pilu tapi mahu..


dan ketika itu, gadis muda jelas menampakkan wajahnya..
iskh... muka macam minah salleh (salleh tu bukan nama orang, tapi sinonim paggilan untuk 'caucasian') tapi bahasa malaysianya fasih..


"saya tak tahu mana hilang, saya rasa tadi tercicir kat 'area'² sini" ayat potongnya tatkala aku mengamati wajah gadis muda ini..

" 'last' tadi perasan kat mana?" tanya aku dengan wajah yang penuh bimbang dengan niat mendapat 'credit' serta impresi agar ada peluang ber'dating'..


makin aku amati wajah persis wanita latin.. cantik.. esakannya menyentuh hati.. tidak sangka dalam gig 'punk rock' asap rokok bau hamis 'stone' hapak bir/'spirit' ada juga gadis seperti ini disini.. badan langsing berpayudara tegap berketinggian setara, berbaju seksi ala² Avril Lavigne, sungguh jarang-jarang sekali aku temui spesis ini.. makin aku meneliti gadis muda ini jauh sudut hati aku meminatinya dalam pandangan pertama dalam masa yang singkat..



dan………………….



" 'baby, your purse' dah jumpa!" suara garau baru mumaiz menyentap perasaan ketika aku dalam keadaan bersedia mendengar jawapan gadis muda ini...


seorang lelaki yang tingginya lebih sedepa dari aku lagak 'urban' menghampiri kami.. kelihatan 'crowd' mula berkumpul di tengah 'dance floor' berhadapan pentas..


" 'stacy found your purse just nearby her'.. baby cuai la" kata mamat tonjang ni sambil tersenyum bangga

" 'thanks dear, oh! thanks god' "
tangisan yang tadi lenyap dalam seketika sambil gelak gembira memeluk lelaki tonjang itu dan mengucup lehernya..


hmm... ketika ini lah aku bermonolog pesta maki makian yang aku sendiri tidak tahu apa yang aku kesalkan.. seraya perasaan cemburu umpama setitik air panas dititis pada lidah.. ingin sahaja aku merampas pinggang gadis muda ini dan membawanya lari ke bukit ampang untuk berbaring sambil menghitung bintang dan berasmara......


" 'you, i'm sorry, by the way thanks' " katanya pada aku sambil mematikan makian serta 'plan' berangan jahat aku...


aku menyatakan tiada apa yang perlu diterima kasih, sebab aku pun belum memulakan usaha mencari.. dan mamat tonjang itu senyum sinis pada aku dan berpaling ingin beredar ke tengah 'crowd' dan ketika itu gadis muda itu menghulurkan tangan untuk berjabat terima kasih... seumpama mengenggam kapas.. halus, lembut, saat aku menikmati sentuhan itu... sekali lagi aku amati wajah riangnya....


"nama I Jane.. 'thanks ya', have fun" katanya............................. dan beredar pergi...


aku mengangguk tanda menerima lalu aku menyertai rakan² di 'crowd' dan seraya itu aku menjerit-jerit dengan niat membina kekecohan gembira ke arah kumpulan 'No Use' yang ketika itu sedang sedia untuk beraksi.............

jauh sudut hati aku bertasbih nama Jane.... tetapi apakan daya.. bayangnya tidak kelihatan.. sedikit sebak menyalut hati kecil aku.. lantas akal menegur agar aku harus berada di alam nyata.... dan pesan akalku yang nyata hanyalah 'Mary Jane'........................... terus aku cari Uda sahabatku untuk melupakan Jane khayalan........ i'm no use for a Jane

but....

'Mary Jane' selamanya!


thanks photo by mel

4 ulasan:

saya su berkata...

kahkahkahkah.ini memang berdekah.

Tanpa Nama berkata...

ketawa tak ikhlas mcm tukar tiub ke ikhlas mcm dogol?

patungcendana berkata...

lelaki....so....easeeeeeeeee......

brokeN~Fleet berkata...

mudah tak bermaksud kalah
easeee x bermaksud rugieeeee

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan