Di dalam nada yang berselerak
antara momok-momok gila kerajaan dan ketulian rakyat
aku hanya mampu tersengih
kala manusia-manusia lain sibuk merenyih
Tirai alam yang kubuka
Tiada makna apa
kerana kegilaan di sana sini
membuai hanyut dalam pesta
Aku hanyalah sendiri
Telingaku pekak, hidungku berdarah
Tapi nasib baik
Hatiku masih bernyawa
menjadi jejaka oskar yang memilih cintanya
atas batu, kertas dan tinta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan