Anggota FRU, Polis Surai Ceramah Anwar Di Rengit
Oleh Sidiqin Omar
BATU PAHAT 1 OGOS - Aktiviti politik Pakatan Rakyat untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat Johor bertukar menjadi ganas semalam apabila lebih 50 anggota unit simpanan persekutuan (FRU) serta anggota polis menyerbu pentas Ceramah Pakatan Rakyat di sini sejurus sebelum Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berucap.
Tindakan yang didalangi Umno-BN itu dilihat sebagai langkah terdesak menghalang sokongan rakyat Johor kepada pakatan Rakyat yang semakin meningkat kebelakangan ini.
Anwar sepatutnya berucap di Kampung Sungai Tongkang, Rengit sejurus selesai Majlis Makan Malam dan perasmian Pakatan Rakyat Batu Pahat di sebuah restoran di sini malam tadi.
Puluhan anggota FRU dan polis menyerbu dengan pantas ke atas pentas dan mengarahkan pentas tersebut dikosongkan serta merampas peralatan audio dan menghalau penyokong daripada tapak ceramah.
Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail yang berada di lokasi ceramah berkata keadaan menjadi tegang selepas pihak polis menyerbu dan merampas mikrofon, pembesar suara serta mengoyakkan kain pemidang di atas pentas ceramah.
Mereka turut menahan beberapa orang aktivis parti yang didakwa menghalang tindakan pihak keselamatan tersebut.
"Keadaan agak tegang dan beberapa orang aktivis parti telah ditahan dan dibawa ke balai polis. Tetapi orang ramai masih menunggu dan tidak berganjak daripada tapak ceramah untuk menunggu ketibaan Ketua Umum," katanya semalam.
Beberapa pepimpin KEADILAN berada di kawasan ceramah ketika serbuan termasuk Timbalan Presiden, Senator Dr Syed Husin Ali, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Ketua Penerangan, Latheefa Koya.
Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN Johor, Ahmad Anwar Asyraf melaporkan anggota polis dan FRU serta anggota polis yang berpakaian preman dilihat mula berkumpul di sekitar Markas PAS Cawangan Sungai Tongkang semenjak petang semalam.
Mereka turut meletakkan pita dan kon keselamatan sepanjang lebih satu kilometer bagi menghalang orang ramai meletakkan kenderaan dan menghadiri program ceramah yang dianjurkan.
Turut kelihatan juga sebuah trak pemancut air yang diletakkan berhampiran dengan tapak ceramah.
"Kira-kira 4,000 orang telah berhimpun dan gangguan tersebut bermula sebaik selepas doa selamat dibacakan," kata Ahmad....
SOS (Same Old Fucking Story!!) They put down Liberty now, but they'll find ashes of their Broken Empire TOMORROW!! Read the rest ere
Tiada ulasan:
Catat Ulasan