Jumaat, 8 Mei 2009

The ManuScript A.K.A Hendrik's Last Voyage

Aku mencanangkan agar nama ditukar kepade.. Hendrik Marsman
Lebih cara.. Lebih pedas
Petikan di bawah mungkin memberi inspirasi (untuk ber'poppish', berjalang & berimaginasi)
Rintikkan..,,..

Pelayaran ~ Hendrik Marsman
Kapal sepi dan hitam
Berlayar di malam larut
Lintas gelap, hebat dan geram,
Menyongsong maut, maut.

aku jauh dilambung-mengerang,
kelu dan ngeri dan sepi,
dan kutangisi daratan cerah,
yang tenggelam di kaki langit,
dan kutangisi daratan gelap,
yang timbul di kaki langit.

Yang terkena oleh cinta
dan jatuh berlumur darah,
hidupnya : bara dalam sekam ;
adapun hanya di depan maut
sang hati terpaksa menyerah.

O! pelayaran ke negeri baka
lintas gelap, hebat dan suram,
dengan selalu ditusuk ngeri :
maut bukan akhir cerita.

~ Sajak tulisan Hendrik Marsman ( 1899-1940 ), penyair Belanda
Aku telah menemukan bait-bait untuk lagu ini, kamu-kamu terhutang 20 lagu+single+riff maut dengan aku.Tahukah engkau, roh hendrik telah datang kepadaku meminta agar jangan pupuskan lagu ini..Tolong hebahkan suaranya kerana rohnya memang ingin berkata-kata melalui lagu. Percayalah! Aku tidak bermimpi saat hendrik dari alam fana duduk menjelma di hadapanku saat aku cuba
Saat itu, otakku menderu gila tapi jejari memetik pianot
Dari mana datangnya chording ini (Dm-B-Bb, Gm-F-A... Bb-C-C#-A)
Kamu cubalah mainkan.. jam 4.37 pagi (ini amanat rohnya, ada signifikasi pada jam ini, pencipta nyawa kamu saja yang tahu) kamu bisa menemukan sentuhan hendrik sepanjang alunan chord di atas.. Kamu cuba.. Seru rohnya bertandang menemanimu..
Kau harus merasai alam yang aku lalui kerana datangnya dimensi berbeza
Umpama bethoveen ditemukan tuhan deria telinganya

Catatan: Ini adalah sajak terakhir yang ditulis Hendrik sebelum kapal dinaikinya karam akibat bedilan torpedo Nazi di Teluk Inggeris pada 1940. Semasa penemuan, buku nota/catatannya basah melainkan mukasurat yang mengandungi sajak ini. Dan aku telah terpilih untuk menzahirkannya semula... dengan bersejadahkan kata-kata

- MAYDAY (distress call) -

tak produktif, ayam berkokok, jam 11 pagi?
ketidakcekapan, lari fungsi, apa dah jadi?
takut ; erti kata takut, sangat takut, ketakutan

diskusi, pertikai balah salah, kau bodoh
debat, cepat kau hebat, aku lah si 'jebat'
[aku] jahat? ; menulis, minum, telan hisap sakit perut
sakit perut, aku takut, perut aku takut sakit

apa dah jadi???


p/s : mungkin Mei itu bulan yang lebih menguasai April... aku menyeru bantuan......

Khamis, 7 Mei 2009

Masih terbengkalai lalai bangkai / "Tunggu eh sayang"


Kecipak pong!!

Kepala gua bergoncang menandakan waktu untuk meng'horizontal'kan badan gua untuk mati seketika. Asal nak gua nak tidur lu geletek otak gua. Ternyata hasutan setan lebih kuat mendorong keinginan untuk berasap.. "heh.. lek dulu.. baru pukul 12", ah~ tinggal 9 kawanan terhimpit dalam kotak yang mencebik membahasakan "Rokok Penyebab Kanser Mulut".. Tatkala pembakaran lengkap terhasil, lantas sub-mind gua terfikir, hari Jumaat sudah hampir.

Halusinasi Angkasa Setan

"Ntah ade tiket ke aku nak balik? Perlu ke?"
Pom!
Terbayang hampir gua menghidap cekam kuku ketika menapak dari stesen Star Pudu menuju ke Pururaya dek hasil kebebalan supir si Alec 'Bald'win. Sepanjang jalan gua mengumit ngumit memuji setan; dan mungkin adik dalam jip hijau tu berbual kote "Mak.. kenapa abang tu usung guitar kat area pudujail? Ada charity show bersama banduan ke?".. huh.. Ketiak gua jangan cakap la time tu, godak dengan serbuk kari, tambah dhal, dah boleh buat cicah roti kat NSM!! Gua terpaksa menggabungjalinkan semua elemen dalam otak gua supaya bertindak dalam separa sedar agar perjalanan gua sampai ke perut Pururaya. Kalaulah linglung waktu tu, mau kepala akak kaunter KKKL (sebut biar jarak-jarak) gua sesah!

Al-Kisah si Tegak!!

"wah, manyak terrok ar.. tapi sikit hal la ini.."

"boleh siap.. wang mahal sikit laa.. balang susah mau cali woo.."

Kannina bo cibai mahai! Sampai sekarang tersadai akibat demand taukeh workshop. Jahanam! Fifirari Enzos yang banyak jasanya masih gua tak dapat tebus alat kelamin gantian. 54 hari aku pikul resah gelisah dalam otak memikirkan penyelesaian untuk tamatkan rindu tersendu gua kat dia.
"kalaulah sup gearbox tu benar pada namanya, jangankan gua ganti alat kelamin dia.. ber'partnership' la gua dengan taukeh workshop tu. Dengan Sitam gua ajak bukak kilang produce gearbox murah!!"

---> Jasa lu gua tak terbalas. Tiap-tiap minggu lu ajak gua melayang nyawa mencatat ujian masa atas trek PLUShhhhhhiiitttt. Setakat gua nak pulang ke pangkal peha taukeh Cipap Kembong boleh jadi 1jam setengah (waktu normal 3jam!!). Lu penat ke...? lesu ke...? letih ke...? tengik ke...? makin nak sampai makin ligat lu ajak gua bergelumang. Wa'ima taukeh babi pasti modify lu jadi double-cab kasi hantar 'bak' pegi balik ke Singapore 24 kali dalam sehari!! (gua ukur masa perjalanan dari Pengkalan Balak, Melaka tauuuu).

Ya! Gua salah... degil mengejar sesuatu di praja sendu. Nasib lu takde mulut macam gua, heheh. Asal datang hari jumaat pepagi gua dah senyum lebar tengok lu, dengan perasaan alpukah-kobar ala-ala Datuk K nikah Siti dan adakala gua kesat slobber gua mengingatkan kenikmatan bersama bergelumang menuju praja sendu; entah ape bentuk mulut lu pula? andai dapat dilihat mata hati pasti lu beri lakaran cebik jelir pada gua.

"Maafkanlah gua, kalau gua terlalu megikut emosi setan........ gua bukan ape, gua rindu lu... bau tongkeng gua ada lagi tak kat atas seat tu?"

Ya! Gua sekali lagi salah... degil mengejar sesuatu di praja sendu.. sehingga kini gua masih dibomoh oleh kata-kata waad si pandir. Kerana gua terlalu mengejar 'sesuatu' itu telah membuatkan lu jadi tenat tak berkelamin. Ah.. Lupakan hasrat gua mengejar 'sesuatu' kembali. Lupakan je la~

Alma Mater mengajar..

Tidak mengapa!! dengan didikan hati hanyir yang telah gua belajar, gua anjak waad gua bertukar paksi dari 'sesuatu' itu dengan mengejar lu, impian gua mahu mengeluarkan lu dari kemelut asmara Panic at The Bengkel agar lu dan gua bisa berejakulasi di hamparan PLUShhhhhhiiitttt. Gua janji , gua ganti alat kelamin lu dengan gantian tip-top endorsement jaminan Nordin Mat Topper. Gua janji... Lu tunggu... Just tunggu je... Tunggu eh sayang~


note my quote: next time should learn how to be keen in sense of creating commitment, there will come adulation to be nose for. Keen is the word doesn't inimical mortal by pin in your heart.



Rabu, 6 Mei 2009

Telor sudah pecah apa.. (2)

CATATAN JELAJAH HUJUNG MINGGU
3 Mei 2009, Ahad. Johor Bahru.

Pagi tu kelat. Aku tidur lena sebab semalam dah penat berjalan jauh. Lepas mandi, kami tonton sekejap rakaman video semalam. Ada bahagian-bahagian footage Crestfallen yang buat aku ketawa berdekah-dekah. Tentang cerita macam ni, En QarmaDharma memang dah banyak simpan dalam kotak pandora beliau. Kalau curiga nak tahu, boleh saja email terus kepadanya. Itupun kalau beliau ada masa nak melayan. InsyaAllah.

Tak lebih 11.30 pagi, kami keluar rumah bertolak ke Kg. Baru untuk isi perut sekejap sebelum pergi ke Puduraya. Credits untuk Enol dan Tini kerana bersusah-susah menjadi supir tanpa upah. Aku meneruskan perjalanan bersama QarmaDharma meredah orang ramai untuk membeli tiket bas ke selatan. Puduraya memang gamat dengan berbagai makhluk Tuhan yang mana masing-masing punya tujuan. Masing-masing mengejar masa. Aku termasuk juga.

“Apahal tiket boleh jadi RM40 ni? Biasa RM31 je apa.” tanya QarmaDharma pada mamat bermisai yang sedang menulis nombor di kertas tiketnya. “Ini bas pesiaran la brader, bukan bas kilang.” mamat tu menempelak setelah aku dan QarmaDharma lekas-lekas usung beg dan cabut dari kaunter tiket tu. Ini tak boleh jadi. Mana boleh senang-senang je mereka makan duit kita kat situ. Mentang-mentang musim percutian, mereka nak ambil kesempatan. Kami berkeliaran di kaunter lain mencari-cari pilihan takdir kami. Memang nasib baik sebab ada tiket yang murah sikit dari harga peras ugut tapi mahal sikit dari harga sebenar. Kami mendapat tiket pukul 2 petang tapi bas hanya mula bertolak pada 2.40 petang. Memang terjebak kalau naik bas di musim-musim percutian ni. Apa nak buat.

Kali ni, gig bermula malam. Aku difahamkan yang Sally Faerie akan beraksi pada pukul 8 malam. Jadi aku harus tiba sebelum itu kerana aku membawa amanat Fazakar di dalam beg yang aku usung dari selatan ke utara dan ke selatan semula. Nasib aku baik kerana kami tiba di Johor Bahru sebelum senja. Petang pun maseh muda. Aku transit di kompleks Angsana untuk berjumpa dengan warga-warga SSP dan Sally Faerie yang sudah lebih dulu tiba di sana. Kami minum-minum sekejap sebelum beransur dan terus menghala ke venue yang terletak di Kampung Pasir.

Gig bermula pukul 8 lebih. Aku tak dapat nak ulas band pertama kerana venue yang terlalu pack sampai tak muat. Rupanya, mereka hanya jadikan studio sebesar bilik tidur sebagai venue gig. Ini adalah pengalaman pertama aku pergi gig yang pakej siap iklim macam ni. Khatulisitiwa. Lain kali aku akan bawa bersama ‘baju panas’ aku.

Sally Faerie bermula dengan lagu ‘G’ yang mellow dan sentimental. Crowd tak seperti sebelumnya. Masing-masing hanya melayan sendiri-sendiri antara suara lunak Su dan bahang di dalam studio. Lagu seterusnya lebih rancak dan membuatkan sikit-sikit orang di tepi dinding tu berasak-asak sesama sendiri. Kononnya aku nak slamdive tapi aku yakin yang badan aku dah tak berapa nak ringan.Aku sibuk ke sana sini mencari shot yang cantik dengan kepala dan tangan dan kaki kadang-kadang engkar arahan dari otak. Nampaknya, ‘kacang hijau’ sudah memberi kesan. Pom!

Lagu terakhir mereka dipetik dari demo yang telah mula diedar sejak tahun lepas, Bukan Maksudku. Secara keseluruhan, persembahan Sally Faerie menghiburkan. Mereka punya lagu-lagu yang melodik dan mampu tembus deria dengar umum, kalau itu yang mereka kejarkan. Namun, CD maseh belum dapat terjual dalam skala besar. Jadi kamu dinasihatkan untuk segera respon terus untuk mendapatkan CD demo mereka. (eh, terpromosi pulak)

Malam itu, kami bahagia bersama-sama lepak minum dan gebang-gebang politik kangkung. Lewat 10 malam, Fami dan Rizman (Embrace Records) mempelawa kami untuk singgah di EmbraceHall yang mana mempunyai konsep hampir sama dengan SSP. Tapi mereka lebih advance di mana pusatnya adalah rumah kedai. Ruang yang lebih luas dan kapasiti yang lebih besar memang sesuai sangat untuk buat gig-gig skala sederhana di sini. Ada puluhan CD dan kaset diletakkan di rak-rak untuk dijual. Baju-baju T punk hardcore pun ada disangkut dan dipamerkan. Semuanya dalam harga yang agak berpatutan.

Kami tak lama di sana. Oleh sebab masing-masing pun bekerja keesokan harinya, kami akur untuk bergerak pulang ke Batu Pahat. Malam itu jadi malam yang agak panjang untuk aku. Kepala yang maseh bersisa khayal hanya melayan perjalanan pulang yang selamat melepasi dua sekatan jalan oleh polis walaupun cukai jalan kereta sudah tamat tempoh dan maseh ada sepeket sawi di dalam poket. Hanya bertaruh dan tawakal. Kami memang selalu begini.

Nampaknya, perjalanan 3 hari aku dah tamat.Aku tiba di daerah ini jam 2 pagi, 4 Mei 2009, tidaklah selelah mana setelah berjalan jauh kerana banyak yang ditimba sepanjang jelajah kali ni.

Si Pekik dah sedia menunggu di pintu. Okaeri Nasai!

*** Kurang faham cerita dari awal? Sila klik sini.

Selasa, 5 Mei 2009

Si Tomok, Marsman dan Kupu-kupu Malam

Aku rase, cume kat malaysia jer yg bile orang interview dalam BI, die jawab dalam bahasa melayu..Ini yang terjadi pada pagi isnin lepas kul 9pagi bila aku bangun di atas katilku..
DJ: 'We've got a million dollar man in the house (presenting Tomok)..!!'
'So, how do u feel right now after winning (OIAM)?'
Si Tomok:
'Oh, saya rasa teruja sangat dan tak sangka... blah, blah, bla....'
Dengan selambanye, jawapan kodok akan terus diberikan mungkin sehingga DJ itu menanyakan, "how do you think about yr mum's pussy" mungkin begini jawapan kodoknya pula: "oh, saya pun tak berapa pasti, emm..masih rasa teruja jugak laa..." BLOL (BarbieLaughingOutLoud)
Tp, walaupun demikian, aku tetap merasakan yg tomok baru ni akan ade staying power yang tinggi nanti.Die telah reinvent diri die ke tahap yang emm, classy.So, angin perubahan memang melanda industri tempatan so aku tetap mengharapkan Eddie Hamid kembali dengan stylo & keganasannya yang tersendiri!

Dan aku rase inilah yang akan berlaku dan didengar sekiranya Marsman diinterview pula:

"So, how do u guys feel sharing the same stage with Avenged Sevenfold?"
"Err.. Da'er kubak?"

Monolog si Tomok Merdeka & Groupie-groupienya:
"Tuah manusia nampak di kaki,
Tuah band nampak di puki.."
Em.. marsman bile nak jamm lagi?

Globe-Trotting pop MTV (1st Quarter review)

What ever happened to MTV pop at this first quantum of the year? I think the music industry has came to the point where they can't get out, cant escape from the mediocrity the've been feeding. It might been saturated.

Britney keep on spanking useless junks to lay foundation (for future type of music) - only 'circus' is quite acceptable while the rest crap.And then, what the hell Simple Plan keep playing meelow pop (softer even than pop punk!). FOB's latest faux de paus failed to generate much despite good rendition of 'American Suiteheart'.
What else.. I can see the trend.
The trend is bulking downwards and there even less 'hollybrity' (hollywood+celebrity) topping in the air! But these young audience wants more.. who can cater to these new type of demand?PornPunk? Post Rap? Punk House? HipHop Ska? Emo House?
The last hot hollybrity story is Tommy Lee (that handsome drummer Motley Crue) fight with Kid Rock at post-party mtv awards.. and should i mention Chris Brown-Rihanna brawl just before grammy this year?
ROCKinDustry

In Rock industry, nothing seems to actually blister the new refreshment to keep the ears bleeding. The only consolation maybe the heavyweight act - Metallica's 'Death Magnetic' & long-awaited GNR but it may been too late to spur the rocky momentum. Oh, dun forget Offspring return with 'Kristy Are You Doing Ok'... Cat-Spin!

Guilty Party
I've got one guilty party to blame for this global musical deterioration. It's Miley Cyrus A.K.A Hannah Montana.. It seems, she's everywhere. Suddenly, she becomes everyone - Kelly clarkson, avril, lindsay.. Just name it, and she can be all u want or wish for, thanks to pop manufacturers / internationale superproducers... musicommodity at best!

These are the symptoms or list of casualties that signify the end of first quantum of year 2009 MTV:

1. Single 'Dead and Gone' by Justin & T.I marked the end and probably the last hip-hop dominatrix prowess in musics countdown.
2. A sudden rise of female weirdo new wave artistes right after Amy Winehose such as Katy Parry, Lily Allen, Lady GaGa etc Oh, i forget.. who sings 'warwick avenue'?
3. Taylor Swift - once pop-up queen, then easily forgotten.. Is there any tweenies who can really rock our nerve & cocks?!
4. The last and best rock anthem is probably We The Kings' Check Yes juliet or..
5. So, the alternate choice for best song/pop anthem for this rather messy period .. Ne-Yo's "Mad" & FOB's "American Suitehearts"

Nevertheless, there are 3 new singles we can check em' out that might promise new future & direction to pop MTV - 1. Kardinal Offishall's remix of 'Number 1' (wit Keri Hilson) 2. Chris Cornell's latest collabo wit Timbaland 3. Plain White T's - 'Natural Disaster' - new direction of rock?!@

Otherwise, keep your prozac and let's spin Blur or Bush for heaven's fucking sake!

P/s: U've been warned. Any Nu so-called musics 'House, Trance, Ambience, digital crap bla bla bla' are disease and they're partly blamed for killing the hollywood culture! Shit, why dont u people stop partying and go watch the tube Beverly Hills-style!

Isnin, 4 Mei 2009

perit bahasa untuk hari ini: "Biar meleret asal selamat"


Biar meleret asal selamat
artinya:

1. Mengutamakan keselamatan dalam mencapai tujuan
2. Sesuatu yang sudah pasti jangan digesa-gesakan agar hasil yang diperoleh lebih baik lagi.



kira kira pukul 2.30 ptg pada hari ahad 3/mei/2009, suatu insiden buruk berlaku dimana kami dapat menyaksikan kemalangan seorang penunggang motorsikal(dalam keadaan tidak sedarkan diri berlumuran darah) dan sebuah kereta (nombor pendaftaran kenderaan singapura)
di lebuh raya machap-jb ketika kami dalam perjalalan ke johor bahru.
sungguh tragis, menyayat hati dan kami yakin dengan keadaan penunggang motor itu sedang koma kerana pendarahan yang teruk di kepala tambahan pula keadaan kereta yang dilanggarnya itu sangat teruk.bau darah sekitar jalan itu secara otomatiknya membuatkan kami rasa nak muntah dan sobere


Sebagai ikhtibar, bahawa apa jua rancangan untuk ke mana jua destinasi kita selepas ini mesti lah berpegang kepada perit bahasa diatas.

kajian abang pemantau dibawah ini menunjukkan:





**salah satu babak aksi lagak ngeri oleh fareed tamil sedutan dari filem REM-PoOoT,



amaran: jgn tiru aksi ini di rumah mayat.




p/s:Imej diatas adalah gambar hiasan sahaja,
jadi, hiaskanlah ia sebagai
wallpaper pada skrin komputer anda.

p/s/s: si neyo lepas ni mesti xmo kawan ngan aku lagi huhuhu :(
tapi jgn takut cikaro kat ck akn mula senyum kat anda.anda akan jadi super kool atau swagger lepas ni(kata fazakar)

- SELAMAT KEMBALI, KEKASIH AKU (SURIA PAGI) -



- SELAMAT KEMBALI, KEKASIH AKU (SURIA PAGI) -

Kengiluan hitam malam
makin terubat
Kesejukan udara lembab
kian teruap
Aku menanti kau
bagai Mumtaz risaukan Taj Mahal
Bagai dara geli ketukan pintu pertama
Bagai domba kepingin gula merah

Kini kau hadir sekali lagi sejauh mata
Kau membakar kulit aku atas nama cinta
Kau memberi hidup atas nama kasih
Atas tanggungjawab, kau menjadi alasan mati

Pun apa sifat kau, aku tak kisah
Kerna aku menagih pemberian kau
Yang janjinya paksi kehidupan
Yang tanpa kau, itu lah waktu pengakhiran
Yang kucar-kacir kehidupan itu, tanpa kau menjenguk tersenyum

Yang menang mengutarakan humor, mengukir kisah tatapan esok
Yang kecundang tersungkur, tersedu mengharap hadir kau sebagai sore yang bakal hilang
Hanya untuk menampar dada, meraung nasib kala gelita malam

Tetapi aku lain
Tidak begitu halnya aku
Walau aku cukup takut menghadapi esok
Langsung aku tidak terjejas
Dek cerita dan hasutan makhluk lain
Yang bagi aku hanya mengadu-domba tentang nasib malang

Kapan waktu
Aku akan tetap disudut itu
Menjenguk ke luar tetingkap kehidupan
Memperdulikan angin timuran
Menikmati hangat cinta kau dihelaian nipis kulit muka

Dengan tangan mengufuk utara selatan
Dengan ekspektasi pengalaman hebat yang mungkin kau beri
Aku menyambut kau seraya ucapan ;

'Selamat kembali, kekasih aku...'

"peritbahasa untuk hari ini"


Seperti itik pulang petang
:
** artinya jalan beriring-iring.



MARI MENYANYI
lagu: Anak Itik tok Wi

"Anak itik Tok Wi
Mandi dalam kolam
Buat apa Tok Wi?
Ubat limau lelam

Sakit apa Tok Wi?
Sakit sendi tulang
Ubat apa Tok Wi?
Ubat sengal tulang.



p/s:Imej diatas adalah gambar hiasan sahaja,
jadi, hiaskanlah ia sebagai
wallpaper pada skrin komputer anda.

Ahad, 3 Mei 2009

Euro-Tripp: Perjalanan Itik dari Tol Sendu ke BeePee-Cali!

Aku memulakan hari dangan renyeh-renyeh di mata.
Pagi MayDay.Ape yang agak aneh untuk dilakukan oleh sorang mamat mtvpunkrocker pekung selain menyeberangi hentian tol PLUS sg besi (dan pemandu kereta-kereta yang berhenti unuk membayar tol pasti berfikir yang bukan-bukan akan aksi si gerangan pemuda kacak ini berjalan menyusuri pondok-pondok tol)sambil membimbit beg PPSMI (pemberian mak die..), dengan gaya solo kuak kupu-kupunya untuk menunggu di KFC/dungking donut? Kepala masih berdenyut denagn erekan kaum di karaoke kotak hijau malam sebelumnye.
Di tol sendu Sg Besi, 10am pertemuan berputik (antara alung, boi, mel, lilyz & fuzza) dan kami memulakan perjalanan itik.. Oh, boi diangkut dengan bangganya di pururaya.Sepanjang travel, kami dihidangi floraginasi (flora-flora halus yang menyentuh imaginasi)
Tenyeh boi jgn tak tenyeh.. Alung & miss mel manakala fuzza dan lilyz masih termamai-mamai dimamah suria 11pagi.
'Dah on ker..' 'rilek dulu' 'jamm ni, kreta banyak gi'
Sebagai akibat, boi akan terpaksa menahan hasil tenyehan di jarinya sebelum ia larut dibakar api!
Situasi ini mengingatkan aku pd satu babak dalam Final Destination yg mana ade satu mamat party boy tgh high kat highway route 49...

Dari BFM ke 'I am the walrus' kami berlima mengharung menerjah riuk-riuk highway. 1 mei memang hari untuk bergembira maka tak hairanlah berbagai-bagai konvoi ditemui sepanjang pejalanan..Lebuhraya memang satu yang memeriahkan sekiranya diadun dengan 'mood' percutian. "Diorang ramai2 ni mesti nak gi PD, gerenti..!"
Adalah satu yang amat menggusarkan sekiranya kamu tidak singgah di mana-mana R&R untuk just hangout & melantak sebentar.Tapi itu la yg terjadi.. 'Weh.. ni kan ayer keroh?' Alamak, lu dah lajak la, nak slowdown ade harrier standby je nak sondol..akibatnya kami mengharung lagi 30 batu dan menjadikan R&R pagoh sebagai persinggahan sendu.

"Weh, ni ade ape kreta banyak2 tepi jalan niee..?
Diorang semahyang jumaat laaaa....
Heheh, nampak sangat ignorant ko nih?!"
Perbualan paling kote mungkiyn pernah didengar pada pukul 1.30pm ari jumaat...

Orang tua2 pesan, muafakat membawa berkat..
Dan maybe itula signifikansi perjalanan itik ini..Sebenarnya takde ape2 pun, tp ini menunjukkan yg ade peluang untuk buat satu euro tripp versi pekik...Dulu kita pernah pegi PD (teringat kes AJ tertinggal sebakul ayam bbq dan diorang terpaksa berpusing 20 km untuk mengambilnya semula!) dan kali ini, mungkin cheratiting atau paling sundal pun, pantai sg lurus ekekee
Kami akan mengabadikan perjalanan itik ini ke lain waktu.. kwek kwek
Dari tol sendu ke beepee-cali, ade pelbagai keanehan dan cerita untuk dikongsi!

p/s: Thanx to mel for her generous style & sudi menjemput (atau lebih tepat lagi, mengangkut?) dengan chevynye! U jangan serik lagi tauww ahahaa...

Jumaat, 1 Mei 2009

- SENI 'JALANG BERIMAGINASI' (as if!!!) -

- SENI 'JALANG BERIMAGINASI' (as if!!!) -





Nota : Yang terbaring itu, inilah hasilnya...

SukaSukiPekik menjemput kamu...



mari bersuka ria bersama-sama bersama warga SSP memeriahkannya di Johor Bahru sambil jalan-jalan cuci mata di teluk danga berending di gerai ayam penyet tersohor 'Banafee'..jom.jom!

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan