Kehadiran 'Redneck' Melayu ini akan memporak-perandakan sisa demokrasi dan entah berapa ramai lagi selepas ini yang akan dihumban ke dalam ISA, kerana mahahahaathir adalah bapa fascisme melayu dan itulah kerjenye selama ini.. memasukkan pejuang2 hak kebebasan ke dalam penjara.. Kuasa seolah-olah ada di tangan mereka dan kepermaian yang dinikmati pada zaman Pak Lah ini pasti tak seindah dulu.. Mereka akan memburu golongan2 party-people dengan beer di tangan, mengharamkan euro tripp dan menyuruh orang berbelanja ke arah mengkayakan gedung-gedung perniagaan milik bapak & kaum keluarga mereka sahaje....
Apakah pula masa depan gerombolan Hang Nadym - KJ & geng2 liberal yang berpegang pada paksi kebebasan mutlak & maybe harapan baru kepada golongan2 'undercast' yang sering ditindas dan dinafikan haknya selama ini.. Kita tidak tahu jawapannya tetapi alangkah bagus jika sejarah dapat diolah kembali sejak dari zaman Revolusi '48 (yg telah gagal & sehingga kini masih menagih secebit tempat dalam pengiktirifan Sejarah Malaya..) Tanya si Fahmi Reza, beliau mungkin ada jawapannya untuk anda.
Apakah KJ & konco-konco akan menjadi mash potato selepas ini, disudap dan diteluncap oleh Bangsawan Redneck di atas...? Mereka mungkin hangus tapi perjuangan dan nilai-nilai baru akan disambung geng-geng kecik yg sekarang ini mungkin mentelaah Voltaire atau just a little bit of Satre..Once a fighter die, 10 more will blossom later..Prepare to engage in battlefield casino-royale style!
Pertandingan jawatan ketua pemuda umnoo pula yang pasti adalah pertembungan yg sangat menarik dari sudut sejarah & epifoni politikus bangsa melayau....walaupun sudah menang (menang tipuw nie..), entah ape berlaku esok lusa, nasib masih belum menyebelahi kj.
Kesudahannya, tiada sesiapepun yang sibuk meneliti keadaan di balik tabir generasi yang terbungkang, tak siape mendengar rintihan mereka tentang harapan & cita-cita, kerjaya & aspirasi... Dan redneck-redneck ini mungkin akan menembak kamu sekiranya kamu mendengar balik Earth Crisis 'Destroy The Machine' EP atau Gang of Four.
Monolog Melankolik Malaya:
Keadaan menjadi lebih buruk dengan pengunduran Pak Lah dan skg kamu baluk2 melayu telah berasa menyesal..