Sabtu, 15 Ogos 2009

The Most Happening Event of The Year!!

Thats it.The most happening event in malaysiau this year!
MTV Worldstage, Sunway, show start 6pm. open gate 3pm.
Act..No shakespeare, just plain rock MTV!!!
Cant't wait to get Boys Like Girls playing their new single 'Lovedrunk'
Also, what can u say of All American Rejects?? 'I Wanna.. I wanna' and of course, the most romantic sowng ever 'The Wind Blows'..plus old fave
Hoobastank..whose butt stinks??!
Kasabian - the new prophets of agit-rock!
But estranged..?> zzzzz < warghh!too bad
Hey marsman, doesnt we (circa 2007/08) used to jamm 'Great Escape' (pic)and American Rejects' songs a lot..
The buzz is on!

Khamis, 13 Ogos 2009

Berita Terkini: Mat Amin membuat 'Come-Back'!! (Setelah Disabotaj)

Pada kira-kira Ahad 9/8/09 lepas, diberitakan blog Matamin, bekas kader Rejimen ke-10 telah disabotaj..Ia tidak lagi dapat diakses. Maka, inilah jadinya:

Blog Matamin mendapat liputan meluas sejak Rais Yatim menimbulkan isu PKM dan merupakan blog yang paling HOT pada tahun ini. Berlaku debat antara pro-UMNO dan kaum radikal di situ. Di blog itu juga, pendedahan dibuat terhadap bekas pejuang yang dilupakan dan ingin dipadamkan terus dari sisa sejarah oleh pemerintah spt Dr Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Abdullah C.D etc.
Dengan pembukaan semula Matamin di klik [Matamin02], penilaian sejarah dan info perjuangan kemerdekaan Malaya secara telus akan terjamin. Kita boleh berkongsi maklumat...Sayugia diingatkan, itu bukan blog komunis, jauh panggang dari api untuk menyalakan ideologi (kufur?..hahaha..what a bitchyahead some ppl got) tetapi sekadar satu coretan mengenang kembali perjuangan melayu kiri menentang imperialis british & kapitalis.
Tetapi rasionalnya, mengapa disabotaj menjelang 15 hari merayakan kemerdekaan? Keanehan..atau kebetulan? Yang pasti, puak reaksioner fasikapitalis tak akan berhenti untuk menutup kebenaran yang disebunyi sekian lama! Generasi baru mungkin suka berjalan(G)an tetapi tidaklah bodoh untuk dibutakan secara melulu.

Soundtrack: old 90's Beastie Boys' classic Sabotage, peace!

2 Sekawan... 'People's Right'


Sehabisnya majlis perasmian caw PKR Batu Pahat oleh DSAI (1/8/2009 lepas), jebak lak aku ngan uKK dengan 2 apek revolusioner. DAP boneheads..otai gak.
'U nampak tak yg rambut panjang ada ekor tu?Itut spy MCA, itu hari orang sudah pukul dia maaa..ini ada lagi' Em aku mmg perasan mamat yg apek ni citer.cilaka, politik spyware.
Kami meneruskan perbualan..'MCA manyak cibai owh..itu Soi Lek hentam itu amoi, sapa punya wang dia guna? Itu rakyat punya wang!!' Apek tu menonjolkan rasa marah. Hmm, nuwadays bp bukan saja femes ames dengan tempat kelahiran artis tp, that ministerfucker wit porn DVD.
Ktorang sembang politikote dan tibe2...
'People's right' terpacul keluar dari mulut apek yang kedengking tu.
Aku dan UKK kaget skejap.Heheh..so ktorang bercerita tentang yeaha..
'Sikalang aa..kita tak fikir itu race, bangsa la..Kita rakyat, satu negara..for people.' Aku & UKK layan jeks...
Sebelum pulang, kami bersalam-salaman & aku memang terasa dari pancaran mata apek itu, aku & UKK baginya mungkin agen perubah reformis masyarakat..ahak! Yeah, lets drink more fucking beer...
Dan mereka berdua perlahan-lahan berjalan pulang menyusuri kaki lima ditelan kegelapan malam urban. dengan basikal merah yokohama menjadi teman.

Isnin, 10 Ogos 2009

- PROPESI KE VI -

-PROPESI KE VI-

Aku mengerti teramat mengerti
Di setiap genyitan
Maupun kira halus bahu dibelai
Kau tetap ingin mendominasi
Tika salam
Dibungkaman telapak pun mau kau jajah
Tiada sesaat terlepas
Kau hirup
Kau jilat nyawa-nyawa penuh nikmat
Rakus mendengus ditekak diktator moden

Entah - isikan pengertian
Apa nikmatnya disalib secara halus
Diatas kau julang pemimpin zalim
Dibawah kau saksi penindasan
Di kiri kau lakukan ketidakadilan
Dikanan kau tertawakan kemiskinan
Pun masih kau iakan lidah yang dipahat

Dan rumput yang kering ditijak kau
Menjadi mukjizat betapa keji pembohongan yang kau bawa
Tunduk lah menyebah
Launglah ‘satu Malaysia’
Sujud lah
Nabi melayu sudah tiba
Derhaka lah
Mereka yang menolak kebanjingan kau

Mari
Kemari dan jadi lah pendukung yang setia
Setiap perkara pasti ada cara penghalalannya
Pasti dikurniai karamah
Dan buta lah mata rakyat jelata
Anubis ISA dan FRU Ramsis
Pengganti Rakib dan Atit

Dan kaca mata itu sungguh bergaya
Bergaya dan berjaya
Menutup kejahatan dibalik ekor mata musang berbatik
Riak muka tak bersalah
Menimbus kemelut yang terus mendesah
Juga
Bauan kuping meloya

Mari nobatkan
Mari tabalkan
Dari utara hingga selatan tanah air
Berserta setiap binaan blok-blok Malaysia merdeka di atasnya
Bersaksilah
Inilah yang ditunggu
Inilah yang dinanti
Propesi ke enam, Nabi Melayu – sudah tiba

Sujud
Sembah
Dan berlapang lah untuk disalib

-catatan John si ‘orang gila’-
-0241 Ogos 08, 2009, wilayah separa sedar-
-0320 Ogos 09, 2009, Embrace Hall, Johor Bahru-

Ahad, 9 Ogos 2009

Sajak Sebotol Bir (Karya Penyair Agung WS Rendra)

SAJAK SEBOTOL BIR

Menenggak bir sebotol,
menatap dunia,
dan melihat orang-orang kelaparan.
Membakar dupa,
mencium bumi,
dan mendengar derap huru-hara.

Hiburan kota besar dalam semalam,
sama dengan biaya pembangunan sepuluh desa !
Peradaban apakah yang kita pertahankan ?

Mengapa kita membangun kota metropolitan ?
dan alpa terhadap peradaban di desa ?
Kenapa pembangunan menjurus kepada penumpukan,
dan tidak kepada pengedaran ?

Kota metropolitan di sini tidak tumbuh dari industri,
Tapi tumbuh dari kebutuhan negara industri asing
akan pasaran dan sumber pengadaan bahan alam
Kota metropolitan di sini,
adalah sarana penumpukan bagi Eropa, Jepang, Cina, Amerika,
Australia, dan negara industri lainnya.

Dimanakah jalan lalu lintas yang dulu ?
Yang neghubungkan desa-desa dengan desa-desa ?
Kini telah terlantarkan.
Menjadi selokan atau kubangan.
Jalanlalu lintas masa kini,
mewarisi pola rencana penjajah tempo dulu,
adalah alat penyaluran barang-barang asing dari
pelabuhan ke kabupaten-kabupaten dan
bahan alam dari kabupaten-kabupaten ke pelabuhan.

Jalan lalu lintas yang diciptakan khusus,
tidak untuk petani,
tetapi untuk pedagang perantara dan cukong-cukong.

Kini hanyut di dalam arus peradaban yang tidak kita kuasai.
Di mana kita hanya mampu berak dan makan,
tanpa ada daya untuk menciptakan.
Apakah kita akan berhenti saampai di sini ?

Apakah semua negara yang ingin maju harus menjadi negara industri ?
Apakah kita bermimpi untuk punya pabrik-pabrik
yang tidak berhenti-hentinya menghasilkan……..
harus senantiasa menghasilkan….
Dan akhirnya memaksa negara lain
untuk menjadi pasaran barang-barang kita ?
…………………………….

Apakah pilihan lain dari industri hanya pariwisata ?
Apakah pemikiran ekonomi kita
hanya menetek pada komunisme dan kapitalisme ?
Kenapa lingkungan kita sendiri tidak dikira ?
Apakah kita akan hanyut saja
di dalam kekuatan penumpukan
yang menyebarkan pencemaran dan penggerogosan
terhadap alam di luar dan alam di dalam diri manusia ?
……………………………….

Kita telah dikuasai satu mimpi
untuk menjadi orang lain.
Kita telah menjadi asing
di tanah leluhur sendiri.
Orang-orang desa blingsatan, mengejar mimpi,
dan menghamba ke Jakarta.
Orang-orang Jakarta blingsatan, mengejar mimpi
dan menghamba kepada Jepang,
Eropa, atau Amerika.

Pejambon, 23 Juni 1977, Potret Pembangunan dalam Puisi

Catatan SSP :Diabadikan sekadar memastikan agar karya agung tak dilupakan

- PERISTIWA ‘ALIF’ -

Malam ini milik aku
Di wangian kejayaan aku menghidu datangnya kuasa
Bersama kuasa, terpimpin kemewahan
Aku terhibur dengan perempuan-perempuan lagaknya aku dewa pencinta
Kepura-puraan yang diharap aku beli dengan wang ringgit
Tidak mengapa, aku masih terhibur

Aku pasti ini realiti
Jika mimpi pun, aku berdoa [aku] tak kan terjaga
Dan aliran likuer-likuer itu seakan aprodisiak membaja libido
Aku ingin terus minum hingga orgasma!
Aku ingin pitam diatas tubuh-tubuh munggil giur perempuan

Hanyutan aku terjeda dek sosok tubuh yang bergemilau
Aku amati keadaannya sugul takala aku bebas gembira
Aku lantas berang, lalu mengatur langkah memberontak
Belum pun sempat aku bertindak
Dia menghulurkan satu balutan

Aku merobek pembalutnya
Tika isi dibalik balutan kian mengimbau memori
Seakan disentap nyawa dengan rakus
Senaskah Kalamullah berada ditangan
Seberat semesta menginjak pundak

Retaliasi mendongak lantas air mata bergenang
Tak terkira persoalan ingin dipacul
Dengan lirikan senyaman salju dan santunan beredar
Berhati dia memberi jawapan
‘Aku hanyalah utusan.”…

-catatan John si ‘orang gila’-
-1347, Jun 22, 2009, wilayah separa sedar-

Jumaat, 7 Ogos 2009

Merayakan Kemerdekaan: "Tiada Kiri, Jangan Harap Malaya Merdeka"

Kalangan Ronggeng - WS Rendra (1935-2009)

Bulan datang, datanglah ia!
dengan kunyit di wajahnya
dan ekor gaun
putih panjang
diseret atas kepala-kepala
dirahmati lupa.
Atas pejaman hati
yang rela
bergerak pinggul-pinggul bergerak
ronggeng palsu yang indah
para lelaki terlahir dari darah
Wahai manis, semua orang di kalangan
tahu apa bahasa bulan!

Kabur bulan adalah muka-muka
adalah hidup mereka
menggelepar bayang-bayang
ikan-ikan ditangguk nasibnya.
Gamelan bertahta atas nestapa
kuda di padang berpacuan
mengibas sepi merangkul diri
angin tak diharapkan
cari sarang dan tersia.
Ditolaknya sandaran nestapa
Dan bila bertumbuk ke langit
Terpantul kembali ke bumi

Lalu si jagoan bersorak
pada harap adalah gila yang lupa
Penyaplah, penyap
nestapa yang hitam ditolaknya.
Balik pula.
Pula ditolaknya.
Dan selalu ditolaknya.
Wahai, Manis, semua orang di kalangan
tahu apa derita bulan.

Willibrordus Surendra Broto Rendra a.k.a si Burung Merak

Meraikan DSAI di Batu Pahat - Perasmian Pejabat Cawangan PKR





1/8/09 Pada petang sebelum itu, Dato' Anwar bersama 50,000 komrad berarak di Sogo KL dalam protes anti-ISA anjuran GMI dan pada malamnya, ke Batu Pahat beliau bertandang. Beliau turun BP untuk membuat upacara perasmian pejabat caw PKR/AMK yang bertempat di depan Caltex/Summit Parade.
Memulakan ucapan sekitar 930pm.Beliau memaklumkan, hampir 400 orang ditangkap dalam protes Anti-ISA siang tadi. Seperti biasa dan selazimya, beliau memang seorang world-class orator dan berikut beberapa yang sempat dipetik.
On Umno & BN
'MCA dah lunyai, MIC dah kelap-kelip tinggal samy vellu jer, yg masih tinggal dlm umno ni cuma psal ada bisnes/kontrak yang tak habis lagi je..'
On theft/local injustice
'Di Lubuk Antu, tiap-tiap hari lori balak masuk kosong, keluar penuh balak...Orang kampung dapat apa? Dapat LIHAT (sahaja)....'
On prinsip Parti
'Orang bisnes biar lantak pi depa nak buat untung ke ape.. tapi kita jangan lupakan orang-orang kat bawah nie...Ni lah persepsi yang kita nak jayakan.'
On economy
'Tak siapa boleh match rekod saya.. Projek Rumah Rakyat..yang sekarang masih dipraktikkan'
On youth & future leadership
'Kita gerakkan tenaga anak-anak muda, sayap belia-belia remaja dan wanita...'

Beliau mengakhiri ucapan dengan menggalakkan peranan ke arah menawan Johor. yeah.
Berjumpa dengan beberapa pejuang AMK spt Bob, Kapten G, Zadin (ex-Agro Lyrical hehe) and rest of em'. All our friends and ktorang tetap akan support perjuangan u all.
Majlis keraian Dato' Anwar berjalan sempoi jek, sekilas ade cam markas parti komunis lak haha, tapi ini lah struggle.Aspirasi rakyat.Hidangan pun roti 20 buku & sup ayam masakan sendiri. Even Dato' Anwar just datang, bagi ucapan, salam-salaman etc. Notably, takde langsung nilai elitism.Berbeza, kalau majlis umno huh..mewah sana, mewah sini tapi betul ke rakyat didahulukan? Mereka akan melantik katerer2 dari sanak kaum mereka shaja so bajet rakyat masuk ke poket. Ini baru sikit contoh 'ketirisan'. Kalau projek juta-juta?
Sempat sembang dengan ketua cawangan. En Syed Hamid (adik kepada Syed Husin presiden Parti Rakyat Malaysia).
Kul 1030 Dato' Anwar berjalan pulang kerana terpaksa menghadiri satu lagi jemputan di Muar.
So, hopefully Angkatan Muda Keadilan Batu Pahat (all of em' are great friends of us) akan bergerak lebih aktif dan menjadi pemacu sebenar perubahan di BP & Johor. The power will shift soon and it's already happening everywhere. Lets integrate!
*Sila rujuk blog AMK Batu Pahat kat link blogroll for more info.

Khamis, 6 Ogos 2009

Jaringan Egoistik Nasionalisme (JEN)

Bersarang di dada-dada akhbar
Megah bersuara meluncur cerita
Katanya...
'Hidup adalah perjuangan bangsa'
Harta yang dicuri dari rakyat jata melata

Marhaen dikufurkan sebagai cagaran kesejahteraan
Yang terlarang diloloskan untuk menghalalkan noda
Undang-undang dicipta untuk menzalimi kaum sesama
Perilaku tololistik kesudupan bangsa
Bangangisme phletora kemuncupan minda

Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kosopakan dan kesusicelaan.

~Miri bar~
sumtime in fullmoonaugust '09

Ahad, 2 Ogos 2009

- SESAT DI KOTA REVOLUSI -





Selamat pagi kota jumud Gemas
Kini di kota revolusi Kuala Lumpur
Pagi penat pagi lewat pagi semangat
Hari ni tiupan massa bergema gelora

Assalamualaikum kah? Allahuakbar kah? Reformasi kah? Bungkam kerajaan kah? Atau bertegur sapa “Eh kau! Hey KITA! – Sama saja!

Perit pekik
Berlari berhenti dan takbir
Bersilih, selalunya mata pedih
Rembesan mukus tak terkawal – walau gaya cukup teroris
Ayoh! Kita tegakkan panji keadilan!

Surai terburai
Bom asap sungguh menyengat
Tidak, tidak bukan; patik mohon derhaka
Itu bau wang rakyat ditembak
Untuk rakyat
Alahai…

Hapuskan ISA - fatik, kulit perih
Namun tak serentong hati
Rakyat didahulukan, apa dia?
Revolusi diteruskan, agaknya lah…

Malam, aku kembali menjadi rakyat yang ‘baik’
Baju sudah tukar
Bau pun wangi-sensasi terbakar masih di kulit
Enak juga berlakon borjuis
Partisipasi dalam lumba kota ronda-ronda hobo
Duduk, selamat datang
Cukai servis, cukai kerajaan [lagi?]
Ramainya di dalam benteng kapitalis-pasarmega
Muka-muka yang semestinya tiada dalam barisan
Persetan, kau sendiri yang hendak tidur

Didalam keenakan mee kari aku terkenang
Aneh mengapa
Di mana lekanya manusia idealis kala insurgensi abad ke-21?
Adakah cuma simulakrum pondok-pondok?

Ah ~ enaknya air
Dvd lanun dan hijaunya damai
Halusinasi radikal
Aku ucapkan
Selamat malam kota revolusi Kuala Lumpur

-catatan kolaborasi Si Tolol dan John si ‘orang gila’-
-0339 Ogos 2, 2009, wilayah separa sedar-
-kota revolusi Kuala Lumpur-

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan