Ahad, 2 Ogos 2009

- SESAT DI KOTA REVOLUSI -





Selamat pagi kota jumud Gemas
Kini di kota revolusi Kuala Lumpur
Pagi penat pagi lewat pagi semangat
Hari ni tiupan massa bergema gelora

Assalamualaikum kah? Allahuakbar kah? Reformasi kah? Bungkam kerajaan kah? Atau bertegur sapa “Eh kau! Hey KITA! – Sama saja!

Perit pekik
Berlari berhenti dan takbir
Bersilih, selalunya mata pedih
Rembesan mukus tak terkawal – walau gaya cukup teroris
Ayoh! Kita tegakkan panji keadilan!

Surai terburai
Bom asap sungguh menyengat
Tidak, tidak bukan; patik mohon derhaka
Itu bau wang rakyat ditembak
Untuk rakyat
Alahai…

Hapuskan ISA - fatik, kulit perih
Namun tak serentong hati
Rakyat didahulukan, apa dia?
Revolusi diteruskan, agaknya lah…

Malam, aku kembali menjadi rakyat yang ‘baik’
Baju sudah tukar
Bau pun wangi-sensasi terbakar masih di kulit
Enak juga berlakon borjuis
Partisipasi dalam lumba kota ronda-ronda hobo
Duduk, selamat datang
Cukai servis, cukai kerajaan [lagi?]
Ramainya di dalam benteng kapitalis-pasarmega
Muka-muka yang semestinya tiada dalam barisan
Persetan, kau sendiri yang hendak tidur

Didalam keenakan mee kari aku terkenang
Aneh mengapa
Di mana lekanya manusia idealis kala insurgensi abad ke-21?
Adakah cuma simulakrum pondok-pondok?

Ah ~ enaknya air
Dvd lanun dan hijaunya damai
Halusinasi radikal
Aku ucapkan
Selamat malam kota revolusi Kuala Lumpur

-catatan kolaborasi Si Tolol dan John si ‘orang gila’-
-0339 Ogos 2, 2009, wilayah separa sedar-
-kota revolusi Kuala Lumpur-

15 ulasan:

ihsan incalescence berkata...

ak ade kt penang so xley la nk join..
kalu x ish siap la..

ceh ayat je =P

Tanpa Nama berkata...

Long Live Street Justice!!

bb berkata...

memorandum kepada majlis raja2!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

hanjing fru babi sial.. bukan rally jadi penyebab kekecohan..

uproar emanate from internal security itself!!!!!!!!!!!!!1

Aboo berkata...

nape lu orang tak tertangkap nih?

Baguslah korang berjuang...cam aku berfreestyle kat queenbay!

Alaa..sesen tak gunanya aku untuk bangsa agama dan negara..Ishh!

Tabik spring lu orang!

Gambar lagi taruk lahh..

sI pEKuwK berkata...

Oh yeah...the revolusioner lives on...Great tweeds..Hope more pics & stuff to come! Kudos dude!!

ganjamadu berkata...

aku sesat juga. dalam pusar desa yang tak kemana.rindunya aku pada nafsu semantik semacam ini, bikin hati gelora.puisi ini memang canggih;paling tidak, aku terhenyak sendiri oleh pekik-pekik dulu.

binjidan berkata...

slepas ini akan ada demo mansuhkan umno/bn pula ...

no use for a name berkata...

aku nak parti sosialis malaysia yang meneraju

zek berkata...

Pahamkan perjuangan yang diperjuangkan...
jangan membabi buta...
periksa asal usul demonstrasi jalanan...
jangan terlalu sesat...
ibu kau ada dimana-mana...
selak satu persatu...
kau akan di pandu ke jalan yang benar...

Al-Quran adalah Wasiat paling besar utk kau yang beragama islam...

Rasulullah tinggalkan kita untuk menuju ke jalan yang benar...

bukan untuk ke neraka jahanam...

buka mata, tajamkan minda, cairkan otak...

///

KauBelomKenaLagiMemangLaKauTido berkata...

dengan bermodalkan airkotak, nasi bungkus, duit belen PRU-12, KJ tak segan silu beli Pewaris la, Pekida la, Persatuan Silat Cekak la, Perkasa la ape² yang ada Pe lagi la dibeli/disogok ArmNo/BiEn menjadi 'opposition gang' GHI/GMI atau Pro-ISA.

tu lah ultra melayu...
mudah dibeli...
murah bebenor melayu kite yer?

racism
nationalism
religionism
bodoism
tidoism
bongkakism
joboism
hoboism

bang bang bang, kalau sogok mcm ni masuk neraka tak?
sori, adik baru belajar.

depa bermula dengan secara aman, datang FRU/Polis jadi huru-hara. Sapa yang kacau peniaga?

p/s: suratkhabar sekarang aku buat bungkuih nasik kandaq la ni.

X X X

rilek zek, Tuhan Maha Penyayang berkata...

salam zek,

fuck u and ur rhetorical shits. knock some sense dude, dont reproduce itu ini.

ur a shame to ur organization (an organization of tatau malu people)

Lambaian Moscow (Angkatan GPSSP-81) berkata...

zek, kau bercerita sungguh ashik...tapi adakah kau hidup didunia nyata?atau kau hidup didalam penceritaan kau saja...kau berkata al-Quran wasiat terbesar dan penyelesai segala masaalah, aku setuju, untuk orang islam seperti kau(aku rasa kau claim diri kau islam), aku , mereka, sesiapa sahaja....tetapi didalam dunia sebenar bukan hanya islam sahaja yang hidup...

dan rasulullah menyuruh kejalan yang benar...

adakah menyumbat orang ke kemunting tanpa perbicaraan yang adil itu jalan yang benar?

adakah menindas sesama manusia itu jalan yang benar?

adakah membunuh orang itu jalan yang benar?

kau mau asal usul demo?ok, datangnya dari keturunan adam juga.
revolusi dan demo bukan hanya berlaku didalam dunia bukan islam,bahkan seawal zaman khalifah pertama ke zaman rashid ridha- apatah lagi sekarang, pun sudah ada demo bagi menegakkan keadilan - cuma keadaan dan method untuk berdemo pada zaman itu berbeda sama sekali.

jadi, adakah negara islam demokrasi yang sekarang ditonjolkan ini - membunuh, tidak berlaku adil dan penganiayaan, yang dilakukan oleh pemimpin islam kau, adalah negara islam yang baik untuk dijadikan contoh????

/\/\/\ -> ini apa maksudnya pun aku tak tahu...ahahahah

Jom main Jenga berkata...

zek si dowbow n apa yg direpresentasikannya tu maksudkan dengan /// ialah cungkil gigi yg disediakan setiap kali makan nasi kandar.

/\/\/\ plak maksudnya main lidi cuba nak buat teka teki sambung2 tak jadi. cuba lagi /m\

Perit Daaaa berkata...

/// ----> jangan memain. ini ada maksud suci ni. datang dari parit ponorogo. dah kemenyan dah. dah dinyai blorongkan dah. dah dibai'ah dengan pedang kunin dah. dah diteluqkan dah. sebab tu bodoh nauzubillah. tuhan kaya pun x dapat tolong. ooops Tuhan Melayu marah nanti. jeng jeng jeng

Tanpa Nama berkata...

ah, pekida ni tau asik pukul orang je. muafakat amende?? pon racists jugak. kalau tak adik beradik, kete kene tariklah, kene pukul lah. apekjadadah!

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan