Pada kira-kira Ahad 9/8/09 lepas, diberitakan blog Matamin, bekas kader Rejimen ke-10 telah disabotaj..Ia tidak lagi dapat diakses. Maka, inilah jadinya:

Dengan pembukaan semula Matamin di klik [Matamin02], penilaian sejarah dan info perjuangan kemerdekaan Malaya secara telus akan terjamin. Kita boleh berkongsi maklumat...Sayugia diingatkan, itu bukan blog komunis, jauh panggang dari api untuk menyalakan ideologi (kufur?..hahaha..what a bitchyahead some ppl got) tetapi sekadar satu coretan mengenang kembali perjuangan melayu kiri menentang imperialis british & kapitalis.
Tetapi rasionalnya, mengapa disabotaj menjelang 15 hari merayakan kemerdekaan? Keanehan..atau kebetulan? Yang pasti, puak reaksioner fasikapitalis tak akan berhenti untuk menutup kebenaran yang disebunyi sekian lama! Generasi baru mungkin suka berjalan(G)an tetapi tidaklah bodoh untuk dibutakan secara melulu.
Soundtrack: old 90's Beastie Boys' classic Sabotage, peace!
2 ulasan:
Terima kasih kepada blog ini kerana sudi berkongsi maklumat dengan saya. Kepada semua dijemput ke http://matamin02.blogspot.com
Terima kasih kembali.
Sokongan akan terus diberikan kepada Mat Amin sebagai khazanah yang tidak ternilai..
Perjuangan mungkin telah ditinggalkan, tetapi semua info akan terus diabadi demi kebenaran dan rujukan masa depan....
Generasi Muda akan terus mengenang!
Catat Ulasan