- RINTIHAN PASCA-MERDEKA -
Meskipun menjelang sore selepas 52 tahun merdeka
Aku lihat kau liat enggan bangkit
Kau semakin lena dibobok ratapan alam
Tenggelam lemas yang melenangkan
Pun kau masih borak tentang kemerdekaan
Dan semestinya kemerdekaan itu seperti yang kau beli ditoko-toko buku
Kau para pemuda pemudi kami;
Kau yang meraba
Terisung dan semakin terkebelakang
Memalu canang retak
Sambil kau tersadung digigi lopak-lopak kefahaman
Kau menyeranah tidak lain diri sendiri
Dan longgokan ilmu yang dulu kau ludahi
Bergulung persis ombak siap menelan nakhoda-nakhoda riak
Menghantui setiap detak persiaran masa
Kau kini aku lihat kian lemas
Kau para guru kami;
Berlenanglah mendidik kami
Layaknya seorang pujangga bebas
Hingga ampuh akal kami
Biar kami menghirup khamar pencerahan
Dibawah lembayung kasih gedung ilmu
Menerap kefahaman perjuangan hidup
Bergurindam seni didalam bahasa
Tanpa kau letakkan sebarang batasan cukup
Yang memutuskan pertalian ilmu antara kita
Kau para bapa kami;
Seorang jeneral didalam rumah
Seorang lagenda didalam perjuangan
Rentetkan terusan kepada kami
Nostalgia-nostalgia kehidupan
Tiuplah runut-runut resonen semangat
Takala kami menguap kebosanan
Khabarkan kepada kami tentang insurgensi agar kami terus berwaspada
Bidang badan tempat puluhan peluru bersarang
Seakan galeri bagi kami
Mempamirkan setiap kisah getir digaris setiap peristiwa lelah
Biar kami sentiasa dipetir mahalnya erti kemerdekaan
Kau para ibu kami;
Nyanyikanlah dengan nyaring ketika kau membuai kami
Lagu-lagu rakyat penuh rempah kehidupan
Menyediakan diantaranya jalan-jalan perdamaian
Agar didalam tidur kami pun dilimpahi ilmu
Menjadi cahaya sakti menemani tidur malam kami
Menghindarkan hantu-hantu kesesatan
Dan takala kami bangkit melindungi kau
Jutaan semangat zaman sentiasa dipundak kami
Bersama sonata-sonata dan anthem-anthem rakyat
Yang pernah kau para ibu kami ajarkan kepada kami
Kau para pemimpin kami;
Tangan-tangan kotor kau yang mengunjurkan korupsi
Menenyeh tinta berpayungkan panji-panji ;
-Kedaulatan
-Kemerdekaan
-Perjuangan
Kau gadaikan kami setelah kau gadaikan maruah kau sendiri
Kau sembunyikan kebenaran
Kau menyesatkan kami dibawah kecelaruan fikiran
Hingga hilang upaya dari anak-anak kami untuk bingkas melawan
Terlumpuhlah semangat dan perjuangan nasab kami
Disinilah segalanya terhenti
Tergantung diantara zaman
Terjerut diantara kalam rintihan pasca-merdeka
Oh dengar!
Dengar lah!
Di pelebas telinga yang kau nyatakan sensitif
Oh dengar!
Dengar lah!
[Dengarkan lah] rintihan halus pasca-merdeka...
-catatan John si ‘orang gila’-
-2311 Julai 29, 2009, wilayah separa sedar-
6 ulasan:
apakah sambutan kemerdekaan kini hanya hiburan semata2...
salam kemerdekaan untuk kau..:-)
sorrylah tak siap lagi. anyway, if i ada buat i will post it again with ur poetry...dun care la kalau double post pun yeah?
best seyh aku baca nih... terima kasih bro john...
terima kasih kerana terus membaca... : )
sangat-sangat dihargai!
delusiana->yeah ...itu diekspresi didalam satu bentuk yang lain...mungkin aku dapat memahami catatan itu dengan lebih baik, dengan adanya bantuan imej/visual...thanks cik delusiana sebab nak buatkan...
mane artwork???!! puntak ah
dengan izin Yang Maha Meminjam, puisi ini dan puisi 'Nasib Anak Kaum Padi' telah selamat berkumandang di Malam Moreh Puisi Dinihari III di perkarangan rumah Prof Dr Ibrahim Ghafar. terima kasih tuan rumah, SN A. Samad Said dan sesiapa saja disitu kerana sudi mendengar...
Catat Ulasan