Khamis, 13 Ogos 2009

Berita Terkini: Mat Amin membuat 'Come-Back'!! (Setelah Disabotaj)

Pada kira-kira Ahad 9/8/09 lepas, diberitakan blog Matamin, bekas kader Rejimen ke-10 telah disabotaj..Ia tidak lagi dapat diakses. Maka, inilah jadinya:

Blog Matamin mendapat liputan meluas sejak Rais Yatim menimbulkan isu PKM dan merupakan blog yang paling HOT pada tahun ini. Berlaku debat antara pro-UMNO dan kaum radikal di situ. Di blog itu juga, pendedahan dibuat terhadap bekas pejuang yang dilupakan dan ingin dipadamkan terus dari sisa sejarah oleh pemerintah spt Dr Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Abdullah C.D etc.
Dengan pembukaan semula Matamin di klik [Matamin02], penilaian sejarah dan info perjuangan kemerdekaan Malaya secara telus akan terjamin. Kita boleh berkongsi maklumat...Sayugia diingatkan, itu bukan blog komunis, jauh panggang dari api untuk menyalakan ideologi (kufur?..hahaha..what a bitchyahead some ppl got) tetapi sekadar satu coretan mengenang kembali perjuangan melayu kiri menentang imperialis british & kapitalis.
Tetapi rasionalnya, mengapa disabotaj menjelang 15 hari merayakan kemerdekaan? Keanehan..atau kebetulan? Yang pasti, puak reaksioner fasikapitalis tak akan berhenti untuk menutup kebenaran yang disebunyi sekian lama! Generasi baru mungkin suka berjalan(G)an tetapi tidaklah bodoh untuk dibutakan secara melulu.

Soundtrack: old 90's Beastie Boys' classic Sabotage, peace!

2 ulasan:

Mat Amin berkata...

Terima kasih kepada blog ini kerana sudi berkongsi maklumat dengan saya. Kepada semua dijemput ke http://matamin02.blogspot.com

RadiO mAlaYA kIRI berkata...

Terima kasih kembali.
Sokongan akan terus diberikan kepada Mat Amin sebagai khazanah yang tidak ternilai..
Perjuangan mungkin telah ditinggalkan, tetapi semua info akan terus diabadi demi kebenaran dan rujukan masa depan....
Generasi Muda akan terus mengenang!

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan