sumber hidup lalala
Aku ini umpama cubit peha kiri,peha kanan terasa sakitnya juga. Kalau dah terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata memanglah buruk padahnya. Lain kali kalau kail panjang sejengkal,lautan dalam usah diduga. Bak kata orang siapa makan cili terasalah pedasnya. Diluah mati emah,ditelan mati bapak,hmm..menang jadi arang,kalah jadi abu,kalau dah masuk kandang kambing mengembek masuk kandang singa mengaumlah. Barang yang lepas jangan dikenang,jalan yang lepas jangan dijenang mahupun luka itu terhenti darahnya,parutnya tetap sampai bila-bila.
maksudnya - aku menceceh...part I
Kewujudan SSP mendekatkan lagi jurang diantara kami semua.Ya,kau,aku,dia atas dasar persahabatan.Semua berhak menjadi sebahagian daripada SSP asalkan kau faham maksud 'setiakawan'.Apabila kau faham maksud setiakawan tu secara automatiknya kau akan memahami perasaan individu itu.Tercalar rasa hatinya maka tercalarlah rasa hati aku.Tu yang datangnya 'cubit peha kiri,peha kanan terasa sakit'.Kalau manusia itu amat ajaib kejadiannya, dikurniakan akal sehabis hebat daripada komputer kenapa tak digunakan sebelum berkata-kata?Kesan daripada setiap bait perkataan menusuk jiwa,'terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya'. Dosa dengan Tuhan boleh memohon ampun(Allah maha pengampun),dosa dengan manusia kita dapat baca hatinya?Alang-alang terlajak perahu pergi pulak ke tengah laut (naiklah tongkang weh!) beradu pula berangan nak dapat ikan senohong.'Kalau kail panjang sejengkal,lautan dalam jangan diduga'. Main terjah je. kot-kot yang makan umpan tu ikan paus,fikir dia nak naik sampan kau?silap-silap kau yang masuk dalam perut dia. Janganlah terasa atau marah ye anon-anon sekalian (err..maksud aku mr.anonymous).'Siapa makan cili,dialah terasa pedas'. Aku ke kanan kawan, ke kiri kawan, nak cakap lebih susah, tak cakap pun susah juga kira 'ditelan mati emak,diluah mati bapak' la...SSP takde pulak bagi pingat ke mahupun sijil penghargaan buat pemenang-pemenang yang terel berhujah kiranya kalau 'memang jadi arang,kalah jadi abu' la. Kalau Abu yang kat Bukit Pasir tu takpela, jadi juga manusia. Tapi kalau jadi Abu Jahal ke abooo-git! ke err..susah arr nak cakap. Nak hidup ni pandai-pandaila, time skolah-skolah dulu bolela aci redah je..orang pun faham awak tu belum baligh lagi. Ni dah besar(besar ke?) panjang pun tak reti-reti nak sesuaikan diri masuk tempat orang. Bukanla maksudnya hipokrit tapi...jap eh. "Ramuan yang paling penting dalam formula kejayaan ialah mengetahui cara untuk menyesuaikan diri dengan orang"-Theodore Roosevelt. Kalau rasa dah tak bole bla sangat, blah je agar tak timbulkan persengketaan umpama 'masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang singa mengaum'. Kalau taknak masuk kandang pegila skuba-diving ke, buat buku siri bercakap dengan ikan. Tapi memanglah sebagai manusia ni kita maaf-memaafilah, 'barang yang lepas jangan dikenang,jalan yang lepas jangan dijenang'. Err...aku tak berapa pasti ayat ni ada dalam buku perumpamaan tapi kat SSP punya perumpamaan adalah rasanya. Kira takyah cite yang lepas, pandang ke depanla tapi in the next time janganlah lagi lewati benda-benda seumpama ini yang boleh membawa mudarat kepada semua/diri sendiri. Apa yang pasti luka yang berdarah akan terhenti tetapi parut/bekasnya tetap ada walaupun parut itu berbentuk 'hati/love' di muka (oh,ini hanya Ainz yang faham kot). Kalau tak percaya, asahlah kerambit kemudian toreh kat tangan dengan tekanan yang sederhanalah jangan kuat-kuat nanti mati pulak. Tunggu dalam 7 hari tengok mesti ada parut. Ha.......kan dah cacat !!
3 ulasan:
Lepas ni kita post entry siri 'Bercakap Dengan Ikan'!! Pengarang jemputan Tamar Jalis! Hekhek
last2 ssp nanti jadi blog satira bp. adus.
aku cadangkan sbb ssp skarang ramai berminat pd acara memancing sila sesiapa yg berkeupayaan menulis mengenainya. kita ni bukan muzik n makan semata mata ekk
haha. ini pos ada rujukan pada karam singh walia ke? (ke karpal singh?) wakakaka
Catat Ulasan