Selasa, 31 Mac 2009

Pusara di Pururaya

Lembayung sepi itu adalah aku
Yang kini meniti di balik purgamma
Aku tak akan dapat menyusup ke perasaanmu lagi
Dan memintal benih-benih sayang
Tiada sisa-sisa yang ditinggalkan
Hanya elegi & mimpi bayangan

Maka,
Pelangi pun pudar warna
Di antara jalur-jalur ada cebis memori yang berselerakan
Aku cuma mengutip, namun yang pasti...
Tiada apa yang dapat kutitip
Inilah saja harapan yang tetap kusisip
Sampai akhir waktu

Dapatkah kau merasakan
Pabila hanya lambaian terakhir yang
menjadi pengabadian untuk
saat-saat hujung pertemuan
Dari satu hati yang suci kepada
satu hati yang sudah membenci

Biarkan aku pergi membawa kesedihan tersendiri
Dan jangan pekikkan namaku di pusara nanti

5 ulasan:

SSPollock berkata...

apa itu pururaya?

katak puru punya puduraya ke?

si pekuk berkata...

Terema qaseh kawanku kerana mencoret.
Kita semua adalah katak-katak puru yang mencongak hujan di langit.persis peraut kota, mendamba pulang untuk sementara dan menagih cintaaaaaN...

brokeN~Fleet berkata...

penahkah kau berjalan sambil mengusung guitar ala2 roksta! gaya jim morison dari stesyen star pudu ke puduraya bus terminal~?

si pekuk berkata...

Ehek! Tambah lagi phrase tu... 'jam 8 malam, di kala rintik-rintik hujan membasahi pipie'...

Ehek!!

SSPuru berkata...

ingatkan jauh sangat

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan