Rabu, 18 Mac 2009

si lolong gemarkan jeritan si pekik!

usah gundah gulana taulan pekik..
hand break la kejap.. kita baca kisah ini...


Pada satu hari, Pak Lolong pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila
lalu kat kawasan tasik, Pak Lolong tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Pekik Tasik kepada Pak Lolong.


Pari Pari Pekik: Kenapa dengan kau?


Pak Lolong: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik..

Pari Pari Pekik pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.


Pari Pari Pekik: Inikah kapak kamu?


Pak Lolong: Tidak.

Pari Pari Pekik pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.


Pari Pari Pekik: Inikah kapak kamu?


Pak Lolong: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari Pekik pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.


Pari Pari Pekik: Inikah kapak kamu?


Pak Lolong: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Pekik Tasik suka sikap Pak Lolong yang jujur itu lalu memberikan
ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Lolong berjalan di sekitar tasik yang sama
bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Lolong
susah hati. Maka datanglah Pari Pari Pekik Tasik kepada Pak Lolong..


Pari Pari Pekik: Kenapa kau bersedih?


Pak Lolong: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari Pari Pekik pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie(sng pki nama ni je, mls nk pikir panjang).


Pari Pari Pekik: Inikah isteri kau?


Sambil menangis Pak Lolong menjawab.... "ya, itulah isteriku..."

Pari Pari Pekik pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa
dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Lolong menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata
'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Lee...kalau
aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata
'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak
mampu tanggung mereka semua"..


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaha
aku baca post ni kt email dulu
lawak ni

wei post psl jenis kentut duh best

amer zaman berkata...

hahaha...

kesian pak lolong...

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan