- BINTANG ( PUISI UNTUK AL ) akhir ( i ) -
Cermin raksasa ini bagai tiada guna
Tiada tertampak biasan cahaya kau
Meruntun keluhan sesal hati ini
Dimana…?
Bintang yang tak pernah aku lihat cahayanya…
Dimana…?
Bintang yang tak pernah aku dengar namanya…
Dimana…?
Dimana…?
Bintang yang tak pernah aku gapai selamanya…
Dimana…?
Bintang yang tak pernah aku abadikan fizikalnya…
Dimana…?
Tiada aku mencari kau disanubari
Bahkan layak kau di tandu qolbu
Di wilayah maha rahsia milik kepada hakikat
Maka hadir lah makrifat kau [ialah] bintang
Berakad lah saksi berpelamin bukti
Aku kian tertimbus oleh marmar takhta kau tika mana kau terusan mencipta lagenda
Siapa akan bertanggung jawab keatas ketagihan ini?
Dan aku
Aku hanyalah perayu yang cetek keazamannya
Pedoman tak mampu aku kaliskan
Aku tanggung gurisan, aku hilang cagaran segala gadaian
Pantasnya diterajang keluar dari balai cerapan
Kau bintang tanpa harapan
Kau bercahaya yang tiada kelihatan
Kau mitos yang harus dibelah
Tika ini aku tunduk
Kapan sampai waktu aku kan kembali di cerapan ini
Mengitai kembali kau yang aku yakini hak
-catatan John si ‘orang gila’-
-1955 Julai 03, 2009, wilayah separa sedar-
7 ulasan:
Dan siapekah -AL- sebenarnya...?
Legenda ciptaan atau makhluk yang azalinya ade, tapi tak tergapai tangann?
Lagaknya bagai mahsuri kesiangan, rajuk tak hilang walau setelah matahari tegak di awangan.
Bru, aku rasa cuba ko check kat bwh, maybe die ade kat situr....
Ade hati tiga rasa. Kuehnya enak, buat jamu taulan di kala rawan.eheh!
Barangkali Al persona non grata yang menari telanjang dalam kamar akal separa sedar orang orang gila (inspired madmen). Hahaha
salam
siapakah AL dalam bicaramu??
tidak begitu...aku bersedih diatas ketidakpercayaan kau terhadap ketulusan berpuitis. berkemungkinan dari pengalaman kau yang perit terkecewa...tetapi bukan kah kekecewaan biasanya melahirkan puisi yang ikhlas?dan al, al bukan lah orang yang dibenci, menari berbogel ,menunjuk pekung atau apa saja proklamasi kau...bahkan al adalah bintang cantik yang sentiasa megah, cahayanya yang sentiasa diburu untuk dibuktikan kewujudannya dan yang hebat di tetah dan gridnya tersendiri di dunia nyata-dan disatu sudut yang lain diperjauhan bimasakti, cahayanya telah pun wujud bersinar didalam kamar akal separa sedar ORANG GILA YANG TERINSPIRASI DAN DIBERKAHI (inspired n BLESSED madMAN)...aku sendiri, yang mempunyai ilmu tentang al si bintang cantik, pun masih hingga kini tak mampu berjumpa cahayanya...ini kan pula kau yang hanya mengetahui tentang al si bintang cantik setelah membaca puisi ikhlas aku, maka nya jangan diteka....bertanya tiada mengapa...dan aku telah menjawab soalan itu dengan jawapan-'al, adalah si bintang cantik', benar2 wujud di dalam hidup aku dan masih belum aku lihat cahayanya...
*tangan yang melambaikan aman*
Aku fikir setiap pembaca berhak memaknai puisi yang dibacanya.
salam
mohon lalu..
menelaah puisi di sini..
benar itu, wahyudi my... terima kasih...
*sebelah tangan meraba ke dalam poket dan sebelah lagi melambaikan tanda aman...*
Catat Ulasan