Rabu, 29 Julai 2009

- MENGINTAI 'MATI'-

- MENGINTAI ‘MATI’ -

Mungkin benar aku seperti berok emas
Pelik dan tak punya teman
Seorang siluman, seekor siluman sundal

Selama kini aku menipu aku
Dengan dakyah aku telah bebas
Dan betapa kasihannya aku
Dan betapa benci akan aku
Hidup aneh yang aku fikir sempurna
Selama kini aku bernafas

Aku ingin bebas
Tanpa kebergantungan liabiliti, tanpa perlu berharap
Mencari harta, mencari jiwa, mencari tempat didalam dunia
Tanpa perlu itu semua

Imej pantulan cermin begitu jijik
Perlukah aku toreh mengubah objek yang menjadi imej?
Bagi membebaskan aku
Melalui torehan ‘kecil’
Dari dahi ke belakang leher
Dari kiri ke kanan cuping

Aku perlu ‘bunuh’ diri ini
Dan berhenti hidup di masa lampau…

-catatan John si ‘orang gila’-
- 0111 Mei 17, 2009, wilayah separa sedar-

3 ulasan:

brokeN~Fleet berkata...

aku fikir ini pencarian pencerahan dalam kegelapan..

(sahihkan aku jika andaian terlalu kufur)

"lain padang lain belalangnya"

terkadang kenapa kau bukan aku dan aku bukan kau dan kita pada manusia lain..

ilmu mengajar kita adalah bekalan hasil kita kini..

nah sebagai pengajaran..
(jika alpa)
kaca/cermin dijadikan prisma sebagai bias ukuran pada akhlak..

salut aku,
kita (kau dan aku) membilang
kesalahan pada jari kaki sendiri, bukan pada jari kaki manusia lain..

seterusnya,
kekalkan tekad sendiri tanpa hasutan luar.... fahamkan.

si pEkuR berkata...

weh, mane 'alif'...?

Tunggu sayembara kita berikutnye..didagangsula kepada engkau, pekong!

Lambaian Moscow (Angkatan GPSSP-81) berkata...

broken fleet~
'sapare aude!beranilah menggunakan kefahaman sendiri'itu lah slogan pencerahan...tiada andaian yang salah selagi andaian kekal sebagai andaian dan tidak bertukar status kepada taakulan atau tekaan...
benar...
kita membilang sehingga perlu jemari kaki diletak diatas meja sebagai abascus asli.
dimana jawapan kepada pembilang telah tersingkap,metodologinya masih tersembunyi perlu dicari...
dan sekali lagi 'sapare aude!beranilah menggunakan kefahaman sendiri'...

si pekur~
sabar lah sayang...satu-satu lah...strategi pemasaran....

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan