Isnin, 20 Julai 2009

- FILEM TAHUN INI : PROPESI KE - 6 (enigma 11 - satu teori) -

Lokasi penggambaran :

- Manik Urai
- Bumbung SPRM
- Luar negara
- Beberapa pejabat kerajaan


*pengelasan tapisan filem : 18 PL*


SENARIO -

Satu perjudian yang terlalu tinggi risiko dan taruhan. Bukan sejuta dua. Malah lebih. Canang dipalu bagai nak rak. Itu semua hanya menyedapkan hati, atau sebagai penaik moral-bahasa enaknya. Populariti merudum. Tak seperti yang disuntikkan melalui wadah-wadah. Aroma-aroma pencerahan datang bersama ombak keinginan menuju keadilan dan keharmonian untuk terus hidup dengan bebas. Seakan ilmu kebal Sang Jebat yang hampir hilang ketika Taming Sari bertukar tangan, ancaman kejatuhan terasa begitu dekat. Satu pendekatan proaktif perlu difikirkan.

PENYELESAIAN -

i - Mengelak secara intelektual dengan mengetengahkan idea kepentingan kolektif perlu diutamakan. Terbang sedikit jauh dari dunia realiti sendiri, menumpang topeng atas pentas lakonan diskusi kepentingan dua hala atau lebih, situasi menang - menang.

ii - Mempersembahkan silap mata, mengalihkan fokus dengan merengkotkan fikiran ke satu sudut yang lebih gempar. Seperti idea disebalik konsep peperangan artileri, satu tembakan menghasilkan kemusnahan yang maksimum. Satu mukjizat perlu diturunkan supaya maya pandang terkerdip tersentak.

PLOT i -

Secara psikologi menerapkan angin perubahan di'M'anchester 'U'nited sedang bertiup kencang. Akan pasti 'M'anchester 'U'nited akan beralih tangan. Propaganda-propaganda pra-kemenangan terus disebar. Ramai 'orang ramai' mungkin terbeli dengan dakyah tersebut. Sementara itu lebih ramai 'orang ramai' diberkahi pencerahan. Itu satu perkara yang boleh membatalkan magis propaganda 'Yang Kini Adalah Yang Terbaik'. Mudah kata - ini berita buruk.

PLOT ii -

Semua jangkaan tepat. MU tak mungkin dirampas. Angkat kaki terbang. Bertujuan suci murni, kepentingan kolektif menjadi tanggung jawab wajib fardu ain bagi dirinya sahaja - kononnya..Dari kejauhan umpama ada alat kawalan jauh ditangan, 'penyelesaian ii' diberi lampu hijau setelah 'butang-butang' ditekan dengan rakus. Kekecohan tentang penyelewengan mengambil tempat. Satu di seret, lima terbabit. Dentuman artileri sayup-sayup dibelebas telinga-telinga yang lebih-sensitif.

PLOT iii -

Satu diseret seharian. Kononnya bukti juga sangat positif. Keesokan hari yang diseret menjadi kasualti, ditemui. Rumor i - bunuh diri bagi melindungi rahsia. Rumor ii - dibunuh bagi melindungi rahsia. Lima lagi kini mempunyai motif. Kemungkinan bersabit adalah sangat cerah. Meraikan dalam gelap. Ketawa berderai bagai halilintar mengejutkan tidur siang seorang petani. 25% perhatian telah dialihkan secara halus dengan jayanya. Mampus la yang lagi lima. 'Yang Kini Adalah Yang Terbaik' kini mempunyai tangan teratas. Strategi yang boleh dibanggakan dan dikembangkan menjadi teori - fikirnya. Juga boleh dijadikan kes kajian penuntut-penuntut 'political studies'.

IRONI i

Masa dan cara kejadian yang sangat samar.

IRONI ii

Tempat kematian berlaku adalah dibangunan salah satu sayap bertindak milik 'Yang Kini Adalah Yang Terbaik'.

IRONI iii

Jika benar-benar penyelewengan berlaku, lima yang tersarung pasti tidak akan memgambil metod yang menarik perhatian atau yang mengundang publisiti/kontroversi. Lebih-lebih lagi tidak dengan cara 'menyenyapkan dengan mutlak'. Langkah yang sanggat bodoh jika diteruskan juga.

IRONI iv

Sehari selepas kejadian pembunuhan/bunuh diri adalah, sepatutnya, hari besar bagi sang kasualti. Perlukah dia mengambil langkah membunuh diri jika memang didalam pengetahuannya bahawa hari besarnya hanyalah keesokan hari!? Sedangkan jika sang kasualti ingin bermain kotor adalah amat mudah. Ugut saja lima yang itu seperti mana 'Yang Kini Adalah Yang Terbaik' selalu lakukan. Bukan kah itu langkah yang lebih menguntungkan?

Debat i

Didalam kes MU, populariti yang makin merudum dan pencerahan yang terus mencurah-curah, ini adalah satu konspirasi teori yang bijak bagi 'Yang Kini Adalah Yang Terbaik'- jika tidak terbongkar. Perhatian dabik dada dapat dialihkan kepada satu perlakuan jenayah yang di rancang rapi. Sementara perhatian secara 'skop' terhadap individu tertentu (that particular figure) dipesongkan penuh bijak atas tiket memperjuangkan kepentingan kolektif.

Debat ii

Jika benar-benar penyelewengan dilakukan oleh lima yang itu, situasi paling buruk untuk sang kasualti jika dia bertahan menyimpan rahsia - hanya dipenjara dan kemungkinan beberapa sebatan. Sedangkan diatas dasar percaturan politik kotor, lima yang itu tentu akan menghadiahkan sesuatu yang bernilai sebagai tukar-ganti 'masa berkhidmat' sang kasualti didalam penjara dan lelasan-lelasan punggungnya. Keluarganya tentu akan ditanggung. Tiada apa yang benar-benar menjejaskan sang kasualti kecuali masa bertahun yang terbuang. Dan yang terpenting-tak perlu mati!

Debat iii

Keadaan 'chaotic' yang sedang berlaku ini sebenarnya menguntungkan siapa? Mari kita kaji yang berikut

a - Dari sudut pihak kasualti. Dia mati. Tidak sempat meraikan hari besarnya. Namanya menjadi busuk dek tuduhan konspirasi. Keuntungan bagi pihak kasualti langsung tiada.

b - Dari sudut pihak lima yang itu. Jika benar penyelewengan berlaku, saksi utama atau 'key witness' telah sanyap secara mutlak. Tetapi masih diselubungi skandal yang sepertinya memang benar-benar terjadi. Keadaan semakin buruk. Harapan untuk membebaskan diri dari tuduhan konspirasi hampir hilang bersama hilangnya nyawa sang kasualti. Keuntungan bagi pihak lima yang itu juga hampir tiada.

c - Dari sudut pihak 'Yang Kini Adalah Yang Terbaik'. Fakta atau kebenaran tentang samaada penyelewengan benar-benar berlaku adalah sesuatu yang dipersetankan. Kekalahan di MU dapat diselindung dan dipesongkan dengan konspirasi penyelewengan. Perhatian 'skop' terhadap individu tertentu (that particular person) dapat dialihkan dengan situasi yang sangat terkawal dan mendapat restu. Sepertinya menghalalkan cara. Dielak penuh licik dan bergaya. Bergaya seperti seorang pejuang, memperjuangkan kepentingan kolektif. Baling satu batu, dua ekor burung yang mati. Tetapi dalam enigma 11 ini satu kes dicipta, satu kasualti, lima kerusi menjadi kosong dan 6 musuh ditebas dalam satu serangan. Bijak bukan? Jadi keuntungan bagi pihak 'Yang Kini Adalah Yang Terbaik' adalah seperti berikut :

1 - Kekalahan MU tidak dibesar-besarkan
2 - Populariti musuh dapat dijatuhkan
3 - Dapat memberi gambaran betapa musuh suka menyeleweng
4 - Dapat menumbangkan enam musuh dalam satu serangan
5 - Dapat peluang untuk merebut lima kerusi yang bakal dikosongkan
6 - Menguasai semula dengan majoriti yang tinggi

Jadi, setelah dikaji dengan akal separa sedar, filem ini menjadi agak mudah difahami - jika dibikin...sekurang-kurangnya bagi aku yang separa sedar.


Ps : Jangan mengganggu siasatan. Biarkan Yang 'Cekap dan Pantas' menyelesaikan segala misteri...

4 ulasan:

si pekuK berkata...

Itu setiausaha politik kerajaan pembangkang...
camne dengan punk2 pembankang..mungkin selepas ini mereka akan menghumban pemilik-pemilik CD Conflict!
Lawan tetap lawan.
Berita terbaru:si kasualti ade anak 2 bulan, so motif bunuh diri memang 'tak ada logika'.

Lambaian Moscow (Angkatan GPSSP-81) berkata...

kembangkan teori...cari modal...buat filem dokumentari komedi...lepas itu ramai-ramai kena tangkap sumbat dalam penjara...ahahahah...baru lah negara ini benar-benar demokrasi apabila rakyatnya hanya boleh melaungkan kebenaran disebalik jeriji keluli.

Basuh Baju berkata...

hahaha suka entry ni

brokeN~Fleet berkata...

steady lah..
janji gentle beb...

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan