Sekiranya terdapat analogi bagi kisah Dr Burhanuddin Helmy, mungkin begini ceritanya:
"Ada satu keluarga ada Ayah, Isteri dan Anak - anak. Tetiba datang satu Mat Salleh, pukul sang Ayah. Halau dan dera. Jiran - jiran yang cuba membantu pun ditangkap, dihalau dan disiksa. Lepas tu dia pun duduk bermukah dengan Sang Isteri dan tinggal kat rumah yang terpaksa ditinggalkan Sang Ayah tadi. Selepas berpuluh - puluh tahun, Sang Isteri pun dah lunyai, anak - anak Si Ayah tadi pun ramai yang anggap Mat salleh ni lah ayah mereka yang sebenar. Si Mat Salleh ni pun nak balek negeri. Jadi dia pun pilih lah antara anak - anak ni mana nak ganti jadi ketua Keluarga. Mestilah dia pilih yang boleh dengar cakap dan telunjuk Si Mat Salleh ni. Setelah lebih 50 tahun, Sang Ayah yang dihalau ini pun nak balek semula, malangnya tak diterima dan dicerca serta dimaki oleh Sang Anak pengganti Mat Salleh ini. Namun Si Ayah tadi tetap mendapat sokongan dari cucu - cucu yang boleh berfikir. Sedangkan anak - anak dari Si Ayah yang bodoh dan bangang ini terus mencerca Si Ayah tadi. Begitu kuatnya pengaruh Mat Salleh ini ditambah pula kemalasan Sang Anak yang malas nak berfikir dan mengkaji."
Itu saja cerita rakyat yang dikumpul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan