Ahad, 19 Julai 2009

-RUMAH HATI KELABU JINGGA-

-RUMAH HATI KELABU JINGGA-

Tika ini terpandang jauh
Hampir tak tergapai jemari mulus
Aku tertawa kebodohan sendiri
Kian lama bertukar tangis tragis

Rumah hati yang tak aku kenali
Berwarnakan kelabu jingga
Pintunya yang sentiasa terkunci
Menghalau setiap kedatangan pujangga

Aku cuba berlari
Menuju halaman kelabu jingga
Warna bunga warna hati
Melambai permainya pelangi

Rumah hati yang tak aku kenali
Terasa menjauh walau aku cuba mendekati
Berwarnakan kelabu jingga
Dan pintunya sentiasa terkunci...

-catatan John si ‘orang gila’-
-2215 Julai, 19, wilayah separa sedar-

3 ulasan:

Seriy Amran berkata...

Kelabu jingga?
still trying to imagine that kind of color..
hurm..

sI Pekuk berkata...

Purple yang telah dicairkan?!
Poem yg ringkas,mmg besh..personally, aku fave type camnie..4-lines (pantun-style),unsur keindahan yg digarap dengan warna..kirenya, poem ni 'mewarnai' identiti karya-karya kau, pekong!

Lambaian Moscow (Angkatan GPSSP-81) berkata...

selamat hari lahir...aku amat gembira meraikannya walau secara benar-benar sederhana atau tak selayaknya,tetapi aku harapkan dia juga gembira...semoga panjang umur dan berbahagia sepanjang tahun, nurhidayah...

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan