Sabtu, 4 September 2010

Malam Ini Malam Merdeka

Dongeng pasca 31 Ogos menjelma lagi
Aku menghirup kesegaran dalam kelelahan

Malam ini kita akan kehausan
Mujur ramadhan telah menjelang
Mungkin bagus dengan beer di tangan
Abadikan masa yang ketelanjangan

Berkongkang dengan laungan merdeka
Makna yang tercela
Inikah rahmat yang dikurnia bumi bertuah
Sedangkan harta peribumi habis diradak bangsa sendiri

Merdeka yang tidak menjanjikan apa-apa
Mungkin pada kita yang berselubung nista
di saat ketagihan menjadi-jadi
Aku berjumpa si tegar di tepi kubur Kristin jalan Loke Yew
"Mana Arak 1Malaysia?!" die melaung barangkali high nya akan baru hendak bermula

Malam Ini Malam Merdeka
Kita Raikan dengan nada, tari dan Dossa!

Tiada ulasan:

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan