Memaparkan catatan dengan label lontong goreng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lontong goreng. Papar semua catatan

Isnin, 27 April 2009

kuo-teh of today


"aku mahu bebas... aku mahu bebas... aku mahu bebas... renggangkan segala keizinanku untuk bebas, jangan di salah tafsir akan kebebasan yang aku mahu.. kerna aku bukan abdimu..."

"Emancipate yourself from mental slavery... none but ourselves can free our mind..."

^^V^^ fly ^^V^^

Rabu, 22 April 2009

Biar Hati Kosong.. Tapi Otak berisi II........

Hidupku ibarat lagu…
Yg diputarkn dr sebuah ke sebuah…
Lagu yg riang,tawa dan ceria..
Yg tidak lekang dengan jenaka dan senyuman..

Aku sering menggambarkn diriku seorang yg ceria dan senantiasa gembira..
Kerana aku lebih selesa begitu.. lebih selesa hariku indah…
Tetapi ku tidak mampu menipu… jauh di suatu sudut hati ku…
Aku masih tidak ketemui lagu itu…

Sebuah lagu yg masih belum pernah hadir dlm hidupku..
Sebuah lagu yg tidak pernah berkumandang dalam diriku..
Sebuah lagu yg tidak pernah berdendang dalam jiwa dan hatiku...
Sebuah lagu yg bisa membuat jantungku berdegup laju...

Itulah yg ku cari slama ini...
Itulah yg ingin ku dengar dan nikmati…
Itulah yg ingin ku rasai dan selami…
Hanya itulah yg ku ingin benar ketika ini…

Kendatipun ku tercari-cari lagu itu…
Aku sedar.. yg ia akan tetap hadir dalam hidup ku satu masa nanti…
Yg perlu ku lakukan.. hanya sabar dan terus belajar merasai lagu itu apabila ia mula dibisikkan…
Dan akan ku terus putarkan lagu hidup ku tika ini…
Lagu yg riang, tawa dan ceria bersulam jenaka dan senyuman…..

Isnin, 20 April 2009

Cemerlang, Gemilang, Terbilang,.. Temberang!!!! terjenang??


Ya!

Yang aku lihat adalah pandangan wajar,
Yang aku hidu adalah udara pijar,
Yang aku junjung adalah beban,
Yang aku pijak adalah api,

Kerana, Aku masih waras...

Kau!

Bakar api pada sekam,
Tusuk peniti pada jantung,
Robek lobang pada kelambu,
Koyak langit dari pandangan,

Tapi, Aku masih waras lagi...

Khamis, 9 April 2009

Kesungguhan Pengebom C4!!!

Aku lumat dalam hati,
Apa erti semat?

Jaja kata pada sang jibrail waktu,
Berjanji pada penjahanam cerlak hidup.

Buntu hati sangka-kala meniup,
Taufan kiamat memutar akal fikiran.

Selesaikah panorama ikutan dibazir?
Hanya saki-baki rengsa si kelesa yang perlu di jentik.

Bongkaslah dari dodoi bobok yang melekakan,
Agar keborosan waktu itu tidak mencekik.

aku mahu ini

kebulatan hati,
ketekunan,
ketulusan,
keazaman,
penyungguhankata......

dan;

bila lagi aku menyambung tanyaku? pabila kau tanya padaku bila.......




usaha tangga kejayaan.. entah mana tangga tu pon aku x nampak...
terhantuk kat tangga baru nak tergadah adelah...

ubati hati aku dengan candu waad kau....

Rabu, 25 Mac 2009

Hati kosong... Otak berisi.....

Kami gigi besi,
Kami tak makan subsidi.

Kami lidah keras,
Kami tak makan subsidi.

Kami lelangit kebas,
Kami tak makan subsidi.

Kami tekak api,
Kami tak makan subsidi.

Pemakan subsidi Si peludah kahak hanyir!



iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan