Jumaat, 24 Julai 2009

sebelah gelita manusia~

semalam, hari ini dan sekarang
mungkin juga akan datang

bahasa halusnya
suka berkata dusta
bahasa kasarnya
penipu, juga dipanggil pembohong

bahasa lembutnya
tidak jujur
bahasa kasarnya
pengkhianat
curang

bahasa lembutnya
tidak menepati janji
bahasa kasarnya
penipu/pengkhianat/mungkir/curang

bahasa lembutnya
cemburu
bahasa kasarnya
hati busuk
dengki
tidak berhati perut

bahasa lembutnya
belakon atau berpura pura
bahasa kasarnya
munafiq/hipokrit/lidah bercabang/

campuran dua bahasa
penipu pendusta
pengkhianat curang
cemburu busuk hati
lidah bercabang hipokrit
cuma kerana satu
masih mencari identiti
malangnya
kerana satu jua
guru mu adalah syaitan
dia adalah musuh
yang terang dan tersembunyi
dalam cerah atau gelita manusia~

4 ulasan:

Lambaian Moscow (Angkatan GPSSP-81) berkata...

sinis atau berlembut hati? mengalah atau memberi ruang?

*jangan terpengaruh dengan perkataan aku, teruskan dengan pencerahan...

~sambil tangan kiri dibahu kanan dan tangan kanan tap dada kiri

kah kah kah

Eskapisminda berkata...

Dunia ini memang sarat gelita. Jika bernasib baik, cahaya menyimbah dengan sekali kun faya kun dari si Dia. Jika tidak. Berusaha.

brokeN~Fleet berkata...

aku menceritakan perihal pegangan dangkalan aku terhadap kegelapan seorang manusia yang sentiasa bersifat protes pada keluhuran waad sufi..

tiada kata sinis berbaur sumbu kemarahan pada entri aku kali ini..

sekadar bingkisan untuk sejagat..
yang kau anggap ini pencerahan...

andai kata tap pada bahu akan ku tukar kepada menjabat..

dunia adalah cermin,
refleksi pencerahan atau kegelapan,
sebagai prisma diri kita...

bernasib baik bukan qada' dan qada'..

aku menyokong usaha dari mengemis subsidi...


dan.. sifat, bukan dilabel pada kelompok kolektif.. tetapi dari diri sendiri... fahamkan.

Eskapisminda berkata...

mohon letak di sini (maaf. dah letak pun) http://gilakata.blogspot.com/

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan