Rabu, 24 Jun 2009

Pelajaran Hari Ini - Sila Bekal Sawi ke Jalan Telawi

KUALA LUMPUR 23 Jun - Satu kegiatan penipuan pakej umrah dikesan sedang berlaku di negara ini dengan memperdayakan bakal peserta umrah terutama dari kawasan luar bandar dengan tawaran pakej umrah semurah RM3,500 serta bayarannya boleh dibuat secara ansuran.Sambil menyifatkan pakej yang ditawarkan itu sebagai tidak masuk akal, Timbalan Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Mohd Khalid Harun berkata, kos serendah itu tidak mencukupi untuk ......
SISTEM EKONOMI KAPITALIS
Inilah sifat asli kapitalis. Inilah sifat kaum pemodal kapitalis. Dalam sistem ekonomi kapitalisma tujuan utama ialah untung.
Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tujuan asasnya mencari untung. Ini hakikat. Tidak perlu berdolak dalik.
Kaum kapitalis akan melakukan apa sahaja asalkan dapat untung.
Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di jual akan di jual. Asalkan ada untung.
Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di beli akan dibeli. Asalkan ada untung.
Dalam sistem kapitalis – agama, ibu, ayah, anak – semua boleh di jual – jika mendapat untung.Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tidak mengira agama, bangsa atau wilayah.
Sistem kapitalis bersifat uninversal – melintasi benua, daerah dan wilayah.
SISTEM EKONOMI SOSIALIS
Sistem ekonomi sosialis ini berbeza dari sistem kapitalis.
Dalam sistem ekonomi sosialis yang diutamakan bukan untung tetapi perkhidmatan.
Dalam sistem ekonomi sosialis yang diutamakan ialah kebaikan ramai bukan keuntungan pribadi.
Dalam sisstem ekonomi sosialis pembangunan dilakukan bukan kerana ianya boleh mendapat untung – pembangunan dilakukan kerana ianya membawa manafaat untuk orang ramai.
Dalam sistem sosialis hospital percuma – kerana ianya baik untuk menjaga kesihatan semua warga. Hospital bukan untuk membuat untung tetapi memberi khidmat. Khidmat terbaik diberi bukan kerana si sakit kaya tetapi pesakit memerlukan khidmat itu.
Dalam sistem sosialis pembelajaran –sekolah/universiti – diberi percuma kerana ianya akan melahirkan warga yang berilmu. Ini perlaburan yang dananya dikeluarkan dari kantong negara. Pembelajaran bukan perniagaan. Pembelajaran ialah untuk mendidik warga berilmu. Warga yang berilmu akan berbudi dan berbahasa. Warga yang berilmu tidak membawa porak peranda.
Dalam sistem sosialis perumahan didirikan untuk semua. Membuat rumah kediaman bukan untuk mencari laba tetapi untuk memberi keselesaan kepada penduduk. Kenapa yang kaya perlu 4 bilik dan yang miskin duduk berhimpit-himpit?
Kalau dalam sistem ekonomi sosialis syarikat kapal terbang adalah milik negara. Harga tiket ke umrah atau ke mana sahaja akan dijual semurah mungkin. Bukan bermakna penjualanan tiket kapalterbang akan merugikan tetapi niatnya BUKAN untuk keuntungan maksima.
Untung yang didapati bukan akan masuk ke dalam poket individu pemegang saham. Dalam ekonomi sosialis pemegang saham ialah semua warga. Bottom Line sosialis bukan ringgit dan sen. Bottom Line sosialis ialah khidmat untuk orang ramai.
Nota:
Mereka yang menentang sistem sosialis kerana mereka tahu dalam sistem ini mereka tidak dapat melabor modal untuk memeras dan menindas kaum buruh.
Negara sosialis selalu di serang kerana kaum kapitalis tidak dapat membuat untung dan merompak harta kekayaan.
Negara sosialis diserang kerana punca-punca ekonomi negara - minyak, bijeh, sawit,emas, besi dan segala hasil bumi - tidak boleh dimiliki oleh Exxon, General Motors, IBM, Chevron, ITT, Douglas McDonald, City Bank atau HSBC.
Memang betul dan saheh di Cuba tidak ada MacDogal. Betul di Cuba tidak ada KFC.
Tetapi di Cuba – ada sistem perubatan awam yang terbaik dalam dunia. Ianya diberi percuma untuk semua warga.
Di Cuba ada sistem pembelajaran yang terbaik di dunia. Sekolah perubatan Cuba memberi kuliah percuma untuk pelajar dari negara dunia ketiga termasuk dari Amerika.
Fakta :
Paling menyedihkan ada gulungan yang menentang sistem sosialis ini bukan dari kaum kapitalis yang kaya raya tetapi dari mereka yang miskin papa kedana. Mereka ini diberi ajaran dan ditakut takutkan bahawa kaum sosialis ini tidak bertuhan.
Ini adalah hasil dari sistem pembelajaran kapitalis yang telah membuatkan orang-orang ini bebal – tidak dapat berfikir. Dalam sistem kapitalis amat-amat diperlukaan orang-orang bebal lagi bodoh agar mereka boleh terus menjadi buruh dan hamba tanpa memiliki ketinggian fikrah dan keupayaan intelek.
Sistem kapitalis ingin melahirkan kaum buruh yang setia, tidak berfikir dan tidak dibenarkan berpersatuan. Dalam sistem sosialis kesatuan buruh adalah rukun pertama.
Dalam sistem sosialis pembelajaran percuma tidak memungkinkan lahirnya orang –orang bebal. Kebebalan adalah musuh utama sosialisma.Kebebalan dan kebodohan akan dilawan hingga ke akar umbi.
Dalam sistem sosialis tidak akan timbul isu PPSMI - kerana dari segi keilmuan telah diketahui bahawa untuk mengajar satu- satu bahasa BUKAN melalui maths dan sains tetapi melalui sastera.
Hanya dalam sistem kapitalis wujudnya manusia bebal yang mencadangkan cara mempelajari satu-satu bahasa adalah melalui maths dan sains.
Dirompak dari paham-pahamjelah.
Nota kuki: Ada desas-sesus yang menyatakan kehadiran sosialism akan menjadikan masyarakat yang pemalas, tapi alaaa kite bukan rajin sangat pun nak kejar satu benda.. Biar jela makan minum tepat tinggal rumah brothel kreta tempat jamm govt provide..ape nak susah hidup? Ni masing2 nak jadi John Wayne minum kopi terhegeh-hegeh baca bakunin kat tepi jalan telawi pastu memekak macam monyek kat chatboX susalaa

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah (tiru ketawa isham)

cetakrompak beb utk tunjukkan diri x bodo (atau gagap) ada pemahaman. ok ok. sosialis/komunis/anarkis abis lah tu?

nampak sangat ko ni tak ikut konteks pendedahan keriakan / kebongkakan ko tu?

betul sistem sosialis adalah kesamarataan yang amat appeal dgn jiwa muda idealis atau utk rasa diri cool. tapi itu bukan persoalannya.

persoalannya bila ko secara ekslusif mengaku pegang hak pada suatu idea utk diri sendiri tanpa betul2 memahami.

popper mengatakan "government is a necessary evil" (oops bole quote x ni?) tak kira ianya dtg dari sistem kapitalis atau sosialis. yg hendak diberitahu atau perlu dijelaskan oleh ko yang amat tinggi kepandaian ni (atau pandai cetakrompak je?) ialah sifat kecenderungan sesuatu sistem tu utk menindas masyakarat (ke masyarakat? mana satu ni?) tak kira ianya sistem kapitalis di amerika atau di malaysia atau sistem komunis di cuba atau di korea utara.

kita semua sedia tau bahawa yang hak patut diberi pada yang hak. common sense la dol. perkara pokok di sini ialah sifat negara atau kerajaan itu sendiri walaupun mmg ianya bertitik tolak dari sistem ekonomi. superstructure as he said?

it doesnt matter whether u read bakunin or just simply ks jomo or dun read at all. its all about ur passion for justice and equality. arent u on ur part in that way try to breed hate towards others?

ckp melalui pendidikan la sastera la tapi tengok di shoutbox memaki hamun melenting tergagap-gagap ekslusiviti mcm takde tamadun? apa ni?

bole tuan faza iskandar aka dogol aka pekik aka si mata guling2 terangkan ini pada kami mengapa ada kepincangan kedudukan anda di sini?

p/s jangan la panggil isham balas. takut aku kui kui kui

delusiana berkata...

what i think about all this?
the answer is tak, sebab i tak meminati both socialism or capitalism.
and i sure as hell tak sokong communism.

i think both ideas are made up by selfish ppl.
however whaT i know for sure is i do not condone penindasan of any kind.
and i believe in justice and equality for all.
for god's sake, i work in a govt hospital lah.
i see org susah everyday.
and i have no aspirations nak join private practice pun.
kalau tak kenapa la i sign for pencen?
i will work for the ill and sick and unfortunate ppl till i die man.
if i dun be their champion then who will?

i am serving the people.
i just dont talk cock on the internet but know nothing about the real ppl and their struggles.
sebab tu i menyampah bila baca psl ni sume.
cakap je pandai.
kalau nanti get thrown on the battlefied, boleh ke handle?
butoh aa...

marah? of course i marah la.
butoh aa cakap pasal communism and socialism, cakap pasal free education and free medicine kat cuba
butoh...tau cakap je, pastu konon cool.
semuanya ada vested interest.
vested interest = cool
blah aaah...

ingat senang ke nak kasi free medicine?
do they know how much kerajaan malaysia spend nak kasi free treatment to ppl?
you tau ubat plavix yg kitorang bagi kat pesakit MI tu harga dia rm10 per tablet?
and we give it for free to the patients?
and they have to eat it lifelong?
siapa kata govt tak jaga rakyat malaysia? we give the best we can to ppl...org je yg tak tau
pastu kata govt doctors and hospital mcm2
we work like dogs and nobody cares,

oh and btw, my hospital is almost bankrupt cos of the medicinal costs ( and yes, this for the FREE TREATMENT FOR ALL)

Mat Poyo berkata...

Ballaweyyyy~~~

Terguling-guling la i baca u all nye statement.... aguggu agugu... adeh!

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan