Jumaat, 10 April 2009

- BAHASA MELAMBANGKAN JIWA (PANAS DARI MATAHARI BOLEH DIRASA, PANAS DALAM HATI SIAPA YANG TAU?) -

Bro, bahasa biar cantek sket bro... Panas ni!!

Biasa.. Perkataan seperti diatas boleh dikatakan hampir sinonim dengan kehidupan seharian kita. Perkataan yang disusun menjadi ayat, dihamburkan sebagai satu amaran atau 'warning' tentang ketidaksabaran (?) atau keadaan yang hampir kepada hilang pertimbangan dek amarah. Tidak kira apa bahasa yang kita ungkap kan, samaada Bahasa Melayu, Mandarin, Kanton, Urdu, India, bahasa pasar Daerah Batu Pahat, dan seterusnya, seringkali akan memberi diantara dua impak ini, pertama : setiap bait-bait perkataan itu difahami dan maksud ayat itu tercapai. Kedua : perkataan dan ayat yang dihamburkan tidak sampai maksudnya dan disalahertikan.

Keadaan yang pertama tadi biasa nya berlaku diantara murid dan guru bahasa di dalam kelas. Tiada situasi yang pelik biasanya yang berlaku didalam keadaan pertama tadi. Malah kejayaan penyampaian objektif diantara pengungkap dan pendengar tercapai hampir 100%.

Tetapi bagi situasi kedua, biasanya berlaku dikalangan peneraju-peneraju, penggikut, pengambiltahu, penyibuk, dan dikalangan individu-individu yang kononnya prihatin didalam komuniti yang sangat daif dan kecil di Daerah Batu Pahat. Keadaan atau atmosfera ketika itu akan menjadi sangat pelik. Terutama bila situasi tersebut berlaku dikalangan pemikir-pemikir haluan tidak 'mainstream' Daerah Batu Pahat. Seringkali apabila sesuatu ayat yang dihamburkan atau secara tenang dizahirkan, dan berpendirian kontra dengan apa yang difikirkan oleh pihak yang mendengar/membaca, akan disalah ertikan.

Salah satu insiden tentang keaadaan kedua ini berlaku baru-baru ini. Apabila sang pengungkap menyatakan sebuah teori yang amat radikal dan bertentangan dengan fahaman bulat-bulat sang pendengar. Maka tujahan-tujahan retaliasi pendengar di hamburkan secara sinis kepada sang pengungkap tadi. Maka bibit-bibit hancing permusuhan mula dapat dihidu. Maksud dan objektif yang diungkap kan sang pengungkap secara individu disalahertikan menjadi teori yang mewakili kolektif. Tidak, perlu sekali dinyatakan disini, bahawa penulisan ini TIDAK membontoti telunjuk atau bertujuan membuka dan menggundang satu lagi medan perdebatan yang berbaur permusuhan. Tetapi semata-mata mengekspresi kekesalan dan rasa kasihan kepada komuniti kecil dan daif Daerah Batu Pahat.

Apakah tiada pelajaran yang diajar oleh peristiwa lalu yang boleh dijadikan sebagai satu garis panduan hidup secara damai? Dimana satu masa dahulu, Daerah Batu Pahat yang tidak dikenali, menjadi sebutan bibir-bibir merekah, tentang komuniti kecil bawah tanah yang semakin gah dengan kugiran-kugiran anak jatinya dan kelompok-kelompok pemikir zaman pencerahan, ditengah-tengah pendakian mencari kegemilangan, hancur dek salah faham yang maha menjejaskan.

Kini lebih sepuluh tahun episod sebu itu telah ditinggalkan, aduhai, masih terdapat segelintir individu yang tidak belajar. Tidak menghormati pendirian dan hak individu lain. Terlalu taksub dengan pemikiran sendiri sehingga pemikiran individu lain dianggap berengga melata di tong-tong sampah busuk! Benar, bertukar-tukar pendapat akan mengembangkan lagi minda, tetapi pertukaran pendapat di Daerah Batu Pahat dilihat seperti bertukar-tukar tikaman, tembakan, ludahan atau apa-apa yang sinonim dengan maksud melukakan yang mengundang permusuhan dan benci yang maha meruntuhkan.

Harap tari bahasa yang kita selalu ungkapkan seharian seindah apa yang kita rangka kan untuk ditulis. Walaupun yang pasti setiap kata didatangkan dengan maksud, harap maksud itu tidaklah disalahertikan menjadi bibit-bibit pencetus amarah diantara kita.

Masa sudah 'time'. Penulisan ini perlu dihentikan kerana keizinan daripada bekas wang teramat terbatas. Sepatutnya penulisan ini harus siap ditulis dahulu sebelum di kirim di kafe siber berbayar agar tiada berlaku pembaziran masa dan wang. Alas... (bodohnye aku!)

- SEMATA-MATA LUAHAN KESAL INDIVIDU KECIL YANG SERING DICEBIK, DIMEMEK, DIBENCI DAN DI KOTAK-KATIK KAN. TIDAK MEWAKILI MANA-MANA INDIVIDU LAIN, PERTUBUHAN KERAJAAN ATAU NGO. SEKADAR SIMPATI DENGAN DIRI SENDIRI DAN DAERAH BATU PAHAT YANG NAIF -

6 ulasan:

brokeN~Fleet berkata...

ada watak antagonis ke dlm scene bp ni cik gonzo?

ketetil yang ketotol berkata...

dulu senario.....
sikarangggggggggggg....
manjaaaaaaaaaakani....

Si cecep berkata...

Bahasa melambangkan jiwa

pekik si pekong berkata...

Watak antagonis? Heh... Bukan kah itu salah satu cara untuk mendaki ke permukaan dengan lebih cepat? Atau mudah kata, easy way to fame..bukan kah begitu? Hehe... Tambah-tambah lagi perwatakan antagonis yang ekstrim dengan menjatuhkan individu lain..

saya su berkata...

ya saya setuju dengan pekik si pekong,juga dengan mencari kesalahan orang lain agar dirinya tampak hebat.oh,pity.

siapa yang bijak boleh menilai,sapa yang dungu,nggehkan jelah...pity la lu..

ketiak berkata...

wuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.. hebat.

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan