Jumaat, 24 April 2009

- HARI INI DELAPAN BELAS TAHUN NAN DULU ( KEINDAHAN ALAM ) -


















- HARI INI DELAPAN BELAS TAHUN NAN DULU ( KEINDAHAN ALAM ) -


Hari ini delapan belas tahun nan lalu

Termaktubnya hukum dipokok Luh Mahfuz

Bahwa satu lagi keindahan alam dicipta

Diletakkan diantara dunia bersatu Adam ibunya Hawa

Untuk dicintai, untuk dihargai

Hari ini pada delapan belas tahun nan lalu

Dipamirkan keindahan alam itu

Bersama langit yang meluas, taburan bebintang cantik dikekang gelita pahit malam


Digendangkan tabor, telah lengkaplah keindahan alam itu

Didengarkan laungan Maha Besar Si Pencipta

Bersama bebintang terpilih, ditemani sentiasa


Makanya aku alpa keindahan alam itu

Tersihir diri aku dengan kebebalan dan haloba

Menganggap diri kerdil ini gagah, mampu

Tercuit mengagak dicuri keindahan alam itu

Bagi mencapai maksud memiliki


Maka,


Mana diamnya sang langit meluas?

Mana diamnya bebintang cantik?

Mana diamnya gelita pahit malam yang melemaskan?

Bagaimanakah nasib

Sang penyair lain yang mencari arah alunan qasidah jiwa melalui kau, keindahan alam?

Jika hadirnya aku sebagai pencuri?


Sayangnya,

Sang pendengar yang tak mau mengerti

Sayangnya,

Mulut terkunci bisu, telinga tersumbat tuli


Apa fungsi aku berdiri disini?

Mendendangkan irama beku syair menyanjung kau keindahan alam

Tetapi bukan maksud aku mahu ditepuk, mahu dipuji

Tidak sesekali,

Kerna aku berdiri berlandaskan niat tersendiri


Nah!

Aku pulangkan keindahan alam ini kepada yang hak

Telah aku lucutkan;


Kebebalan

Bangga

Keceluparan diri


Maka ampuni aku langit nan meluas, bebintang cantik dan gelita pahit malam

Kerna telah aku curi keindahan alam, sejenak

Bagi mendendangkan syair beku

Bagi meraikan hari ini delapan belas tahun nan lalu


Aku arahkan himpunan rapat jemari aku

Aku doakan selamat ulang tahun wahai keindahan alam

Selamat dan indahlah sepanjang tahun…




- indahlah sehingga hari pengakhiran walaupun tak semestinya aku sebagai penyanjung tetap engkau -

- catatan john si orang gila, Jan 27, 2009 -

20 ulasan:

aWekCLunK berkata...

hye..
menariknya penulisan.
mari kita saling ikut-mengikut.
ghee~

budak bastand berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
saya su berkata...

bencinya kene click pulak nama budak bastand atas ni.jgn click sume..


jangan ckp aku tak bagitau ey..

Budak Bosia Sg Ramal berkata...

Tolong jangan klik budak bastand...

Bahaya...
Jenuh jari ko nak click stop!!!!

Tolong.. huarrrrr!

TsUjUn berkata...

owh..
umur org yang tulis neh baru 18..

pekik si pekong berkata...

terima kasih... terima kasih... saya la penulis hakiki puisi separa sedar yang anda telah baca... saya 18?.. harap doa anda makbul! ; )

baby berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
polan"headhot" jimaksama2 berkata...

18 adalah nombor bertuah tu,
alangkah baiknya jika umur kita makin berkurang pada tahun berikutnya.
kira lahir je ke dunia dah ada bulu jembut beruban terus jadi blogger.



p/s:jgn pakai topeng,
be a real hero(bolehkan?)(tak memasal)

pekik si pekong berkata...

susah juga lahir-lahir ada bulu jembut... siapa yang nak merapikannya? jika aku sebagai bapa, aku rapikan menggunakan 'chain saw' bole? tak pun 'bush cutter' macam dalam babak 'membuat cinta' filem 'scary movie'... hahaha...

pekik si pekong berkata...

susah juga lahir-lahir ada bulu jembut... siapa yang nak merapikannya? jika aku sebagai bapa, aku rapikan menggunakan 'chain saw' bole? tak pun 'bush cutter' macam dalam babak 'membuat cinta' filem 'scary movie'... hahaha...

pekik si pekong berkata...

keliru...... bukankah hero sepatutnya melindungi identitinya yang sebenar bagi melindugi orang yang disayangi? mahu diberi contoh? baik... the mask, batman, zorro, V for vandetta, robin, siber rider, voltron (helmet), the flash, captain america, spiderman, hulk (bertukar rupa) dan tidak berkecuali wonder pets (memakai mantel). makanya terlalu ramai hero yang memakai topeng.... heh... ;P

baby berkata...

ape citer sal hero lak ney!!
ney puisi untuk i lar..bhahaha..;DD

pekik si tolol berkata...

petai ada jual kat sini?

sherymma berkata...

petai cari kat jalan jenang

Tanpa Nama berkata...

jj tak jual petai... jj jual baju lusuh yang mahal...ntah la,rare katenye...

dora nadish berkata...

i suka abang bundle,muah~.lagi lagi yang jadi blogger.u tak suka bundle tu punya pasal.mahal ke tak..yang penting kita encooooy!


p/s:i suka yang pakai buang.

SSP berkata...

18 lalu? apa terkenang kena perambat pak kadir ke?

pekik si pekong berkata...

ouch! just why dont we leave pak kadir alone?respect the man. ;)

boiboroi berkata...

round applause for making a good entry~

bravo!

SSP berkata...

gambar nak tukar jadi gaban tu yg tak boleh blah. parpoooooooo!

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan