Rabu, 15 April 2009

Puing-Puing Rindu

Mengapa harus tuhan ciptakan rindu
Untuk dirasai oleh kita yang bernama manusia
Adakah tidak ada lagi ruang
Untuk kuselit sutera ke halaman hatimu

Asmara jadi sengsara
Dan kukira tiada lagi rama-rama
Yang sudi terbang memancar warnanya di saat
malam gelap gelita
Dan kukira tiada lagi unikorn sepi bertatahkan sularaya
yang sudi memacu keasyikan di sebalik bayangan salju

Aku memang telah ditaqdirkan untuk
mengusung rindu ini
Puing-puing yang kutelan
Bersama buih-buih ketagihan
Adalah harapan yang kutinggalkan di rintihan zaman

Dan adakah kita akan terus diarak derita
Bercumbu dengan angin kenangan yang terindah...

Prosakutu:
Puing = Kata bantu adjektif (kata sifat) bagi Ko'eng
Sularaya = Sulaman Kasih di Telapak Bunga Raya

6 ulasan:

brokeN~Fleet berkata...

Sularaya = Su, lamanya kau cuti raya...

hehehehehe

eddie hamid berkata...

Sularaya = Su, lamaran rindu membara adalah sesuatu yang berbahaya!!

Youjie berkata...

Sularaya tu bukan 'kepastian' kah?
Tak silap aku amy search penah gtau maksudnye..
MM...maybe tu dalam mimpi picisan aku jer..

Neway..thanks 4 ur supot!!
Juz read ur komen oni...

^_^

pekik si pekong berkata...

Cinta, cinta dan cinta lagi. Namanya saja manusia pasti tidak akan lekang dengan peristiwa cinta. Bagaimana didefinasikan itu cinta? Hanya yang diamauk kegelisahan rindu sahaja yang mampu mengungkapkan nya. Itu pun yang terzahir oleh mulut hanya separuh daripada yang digelodak hati. Indah berbayangkan sengsara, itu lah cinta yang dibuahkan rindu...

brokeN~Fleet berkata...

perghh!

dahsyat...
rs cm nk becinte je dgn abg pekik si pekong ni..
awww...

pekik si pekong berkata...

Baiklah... Mulakan senaman kemutan punggung dan anggaplah yang panen cinta kita sudah bersemi, broken fleet... Ehehehe....

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan