Selasa, 7 April 2009

Konvoi Kuantan

7 April 2009

Dulu masa kerja kat Batu pahat gua ada mendaftar sebagai ahli persatuan kelab skuter. Time tu kalau ada skuter tapi tak daftar sebagai ahli memang orang tabligh je. Kelab skuter ni antara yang paling aktif dan popular dalam Batu Pahat. Gua suka-suka je daftar time tu. Tak ada niat pun nak bonceng-bonceng awek ronda satu Batu Pahat lepas tu lepak kat Tasik petang-petang.

Malam tu ada mesyuarat kat tempat biasa. Gua dengan Uden datang lambat. Baru macam brader-brader. Mesyuarat ni ada dua sebab je. Kalau tak pegi konvoi, mesti nak mintak yuran bulanan. Kalau mesyuarat nak mintak yuran bulanan, gua dengan Uden biasanya kasi alasan motor pancit dekat jalan Muar-Air keroh ataupun melawat nenek sedara meninggal dekat Yala, selatan Thai.

Kali ni konvoi pergi Kuantan Pahang. Tarikhnya sumpah gua memang dah lupa. Masa tu sapa yang ada awek, antara orang nombor satu bayar yuran penyertaan. Gua time tu belum ada awek lagi. Gua sorang-sorang pun jadi juga. Kelab gua ni memang prihatin. Sesiapa yang tak ada skuter atau belum beli skuter atau ada hati nak jadi skuteris, kelab ada menyediakan van bagi sesiapa berminat nak pegi. Tapi kena uruskan sendiri dengan keluarga Kijan. Itu pun nasib la kalau bapak Kijan tak pakai buat 'loading' durian dekat Solok.

Perjalanan dari Batu Pahat petang nak masuk maghrib. Ketua gua ni memang arif dalam menentukan waktu-waktu perjalanan yang sesuai. Memang penat juga bawak skuter dari Batu Pahat sampai Kuantan. Mana yang bonceng awek boleh juga tukar-tukar 'rider'. Tapi ada jugak sorang mamat budak baru kelab gua, balik-balik awek dia je yang 'rider'. Lepas tu awek dia pakai jaket terbalik memanjang sampai kuantan. Gua jadi keliru.

Time tu Uden bawa awek. Gua pun tak campur sangat dengan dia. Dia sibuk dengan awek. Kadang kalau dia mintak rokok, gua sengaja kasi Surya je. Dunhill jangan harap la.

Sampai Kuantan lebih kurang pukul 12 tengah malam. Kitorang terus menuju ke pantai Beserah. Dekat pukul 2 pagi juga baru betul-betul sampai. Dia punya penat bukan main lagi. Itu jam kalau Rozita che wan atau Nurul Huda Nurul Ain lalu pun gua setakat boleh salam je. Nak ajak gua clubing-clubbing memang gua tak layan.

Malam tu satu chalet 4 orang. Kira selesa juga. Semua tidur. Mungkin penat.

Esoknya pukul 7 pagi gua dah bangun. Gua pergi main bola pantai kat tepi laut. Time ni kalau ada orang telefon tau sms jangan harap la gua nak angkat. Pagi memang aktiviti bebas. Semua buat hal masing-masing. Sapa nak main bola ke, nak pergi mancing duduk sebelah awek mat saleh pakai bikini ke, nak hisap dadah ke, nak skodeng suria mandi ke terpulang. Gua nampak Boy dengan Awe berlari bawak joran. Kelam kabut betul. Pergi mana entah.

Malam adalah masa yang ditunggu-tunggu semua pem-skuter(pemilik skuter). Walaupun malam tu tak ada pentas karaoke berani mati macam kat warung depan Sharp, kira meriah juga. Malam barbeque. Bakar ayam ramai-ramai, buat lawak, menyanyi dalam bulatan sambil tangan letak kat bahu rakan sebelah, macam-macam aktiviti lagi. Banyak yang tak boleh gua bagitau. Takut mengundang wasangka pihak tertentu.

Gua berbual dengan Rahman malam tu. Ketua skuter gua. Borak lama juga. Macam-macam topik. Bla..bla..awek skuter biru..bla..bla..nampak puting..bla..bla..hisap dadah...bla..bla..barang dah lama...bla..bla...barisan nasional..bla..bla..

Habis barbeque pukul 4 pagi. Semua dah masuk tidur. Gua yang terakhir masuk bilik.

Tengah enak di perbaringan, Gua dengar satu macam kat luar.

Krek...kruk..krek..kruk...

Gua jengok kat tingkap takde hantu apa pun. Hati tak sedap. Gua keluar mencari punca bunyi aneh tersebut. Mana la tau hantu ini menyamar sebagai pintu ke, kunci motor ke, chalet ke. Cari punya cari rupanya bunyi aneh tersebut datang dari absober van Kijan yang bergegar teruk.

Celaka.

Macam gampang dalam hati gua.


Esok pagi masa nak balik, gua tengok ramai-ramai tolak van. Tak boleh start. Apa cerita??


P/s- Cerita ni kalau ada sapa-sapa yang tak faham memang elok minum air penerang hati.

8 ulasan:

say hi berkata...

ko ingat hisap dadah ni cool ke?

SSPuritan berkata...

isap dadah tak cool tapi hot. kwang kwang kwang

SSPot berkata...

oh yea scott i read ur blog minuting on ur withdrawal. its a good thing, seriously.

n tell u wat, ive seen worse. in fact i live with one. worst of all things to have done design/fashion drugs.

SSP fuckers dont do meth mind u, that i know for sure. they go for herb and thats it and its not ruining their life at all, unlike meth abusers. cant u ppl understand that?

gluck on ur withdrawal rich kid~!

Gin Jimuda berkata...

"the more man smoke herb,
the more babylon fall."

if you won't keep believe, leave us. ;p

Gin Jimuda berkata...

and yeah, aku rasa bunyi 'kruk krek kruk krek' tu mesti sebab ada orang bersetubuh ala 'vivid gangbus' kat dalam van tu. kan? kan?

bukan ukk kan? hehe. ;p

si pekuk berkata...

Di sinie...ramai Sasterawan Gila rupenya....

SSPusingkapla berkata...

sasterawan kena 'gila'. a pre-requisite.

suatu hari yg dikatakan gila tu la sebenarnya memperkatakan keikhlasan. bukan sembunyi sebalik baju t bad religion, lirik lori meyers, rokok pallmall hijau atau saat (contoh ya) dll.

Silo constrain berkata...

Rotary feeder..huhu..

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan