Khamis, 27 Ogos 2009

Hati Anarki, Otak Nasionalis

Mengapa engkau perlu mendodoikan kebejatan moraliti
Sedangkan dunia terpekik dengan kemuncupan hakiki
Adakah lolongan kau dapat memetik muzik revolusi
Saat engkau beransur-ansur terpesot ke Kanan dari Kiri

Engkau angkuh, sombong
Bertopeng dengan kemanusiaan
Bangga diri dengan keilmuwan
Tapi lupa daratan mana asal-usul dan tempat kejadian
Tersasar jauh dari maya hedonik
Kini terlihat engkau berjenang dengan kepuraan

Mungkin sudah sampai masa engkau berfikir
Untuk lari jauh dari hidup songsang
Tempat yang lentuk kini kau anggap usang
Untuk kau huni, bernafas dan bersarang
Apatah lagi menghirup bir setan dengan serangkai ganjar di tangan
Tapi mungkin engkau lupa..
Pencerahan tak semestinya datang dari tempat yang terang
Pencahayaan seharusnya terbit dari arena yang terlarang

Masihkah engkau menadah waad normaliti
Bejat di hati, kau melangkah jauh dari lorong Anarki
Lalu bertepek dengan ego di puncak Moraliti

2 ulasan:

patungcendana berkata...

suka puisi kau...abstract sekali...cuma ada perkataan2 yang aku tidak faham...tapi itu kerana perbendaharaan kata aku yang agak miskin...huhuhu

Pu3 berkata...

wow!!! nice..
bait yang penuh dengan hujan2 makna..
i like!

salam kenal tuan umah. ;-)

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan