Sabtu, 9 Mei 2009

- SELAMAT DATANG, PERPISAHAN -


- SELAMAT DATANG, PERPISAHAN -



Maafkan aku pohonan takdir

[buah] perpisahan kau aku kerutkan

Tanpa cuba aku telan manisnya isi pertemuan kemudian

Yang ranumnya tanpa ada panen

Yang gugur ketika aku alpa



Aku bergelak dan memacu seakannya dibawah garisan tetapan

Aku bersenang dan menari tanpa sedar melodi yang mati

Tagihnya tetap, aku lihat waktu itu hidup

Cerita yang ampuh bagai tiada penutup

Tanpa aku peduli audien berpusu pergi

Hanya kesejukan kosong panggung menepuk sunyi



Ah! Ini tipuan menidakkan aku yang telah menyendiri

Sundalan si ahli magis ‘cinta’ mengakali mata [ianya] belum berakhir

Aku segar tersedar



‘KUN FA YA KUN’ maka perpisahan tepati janji

Aku yakin yang di pertemuan tersaji pengalaman hebat

Mana mungkin aku jatuh digertak kau perpisahan?

BISMILLAH’, ke pantai pertemuan aku mulai langkah



Aku ucapkan ‘Selamat ke wilayah aku, sang perpisahan’

Dan kemulusan sama mesra ditamu ‘pertemuan’


- catatan John si ‘orang gila’ –

- 0257 Mei 09 2009, wilayah separa sedar -




ps : akan adakah kesinambungan 'selamat datang, perpisahan' dari kau saudara si 'pekak'? banyak sekali idea-idea, aduhai, 'berat' benar kepala aku untuk duduk lebih lama. heh... ampun... : )

5 ulasan:

joegrimjow berkata...

sakit klu tau bile tarikhnye

brokeN~Fleet berkata...

saudara rahmat haron pasti ingin menari dengan anda; jika dia sudah se'table' dgn anda..

dh ready nk temui jalan menepis sirosis hati?

pekik si pekong berkata...

agak membinggungkan...permasaalahan sirosis dan pertembungan antara kegemaran dan penarikan diri...aku agak binggung...ahahah...tapi saudara broken fleet, aku bukannya penghidap sirosis... ;)

SSP berkata...

pekong lu tamau jadik pipiyapong ke? aku n boboi mau serlahkan lu ke depan bersama2 rahmat haron ni. sure lu lagi parpooooo.

cepat2 siapkan antologi

boroi~fleet berkata...

sirosis.. erm.. feels like papercut inside your heart..
fungsi al-koholol menghakis ow.. tu yg aku dh rasa skrng ni...

kegemaran atau penarikan.. tu polemik kau je.. fakta/faktap aku x bertembung dgn waad hati kau untuk mengelak dari dirasuk sirosis hati.. sebagai teman aku mengigatkan.. i luv u bro.. hehehehe...

~~~

pekungnya saudara rahmat haron luar dalam.. ayyy!
rahmat haron; deklamasi mencerminkan peribadi...

hahahahaha...

pekong kena pastikan sentiasa dlm keadaan separa sedar bersama sebotol chap chuan dan segulung sawi (aik? baru je mengingatkan tadi.. haha).. barulah hasilnya diraikan dengan bunyi 'pop' percikan champagne(aik? sebut lagi)..

tp kne igat la.. penulisan mencerminkan peribadi..

jom ketengahkan kau.. hehehe
...AND NOW PRESENTING.....

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan