Isnin, 4 Mei 2009

- SELAMAT KEMBALI, KEKASIH AKU (SURIA PAGI) -



- SELAMAT KEMBALI, KEKASIH AKU (SURIA PAGI) -

Kengiluan hitam malam
makin terubat
Kesejukan udara lembab
kian teruap
Aku menanti kau
bagai Mumtaz risaukan Taj Mahal
Bagai dara geli ketukan pintu pertama
Bagai domba kepingin gula merah

Kini kau hadir sekali lagi sejauh mata
Kau membakar kulit aku atas nama cinta
Kau memberi hidup atas nama kasih
Atas tanggungjawab, kau menjadi alasan mati

Pun apa sifat kau, aku tak kisah
Kerna aku menagih pemberian kau
Yang janjinya paksi kehidupan
Yang tanpa kau, itu lah waktu pengakhiran
Yang kucar-kacir kehidupan itu, tanpa kau menjenguk tersenyum

Yang menang mengutarakan humor, mengukir kisah tatapan esok
Yang kecundang tersungkur, tersedu mengharap hadir kau sebagai sore yang bakal hilang
Hanya untuk menampar dada, meraung nasib kala gelita malam

Tetapi aku lain
Tidak begitu halnya aku
Walau aku cukup takut menghadapi esok
Langsung aku tidak terjejas
Dek cerita dan hasutan makhluk lain
Yang bagi aku hanya mengadu-domba tentang nasib malang

Kapan waktu
Aku akan tetap disudut itu
Menjenguk ke luar tetingkap kehidupan
Memperdulikan angin timuran
Menikmati hangat cinta kau dihelaian nipis kulit muka

Dengan tangan mengufuk utara selatan
Dengan ekspektasi pengalaman hebat yang mungkin kau beri
Aku menyambut kau seraya ucapan ;

'Selamat kembali, kekasih aku...'

10 ulasan:

saya su berkata...

alamak aii..so touchy.....

boiboroi berkata...

skrng ni ranking 1st aku bg ko lah.. Hall Of Fame Parpooes.. hakhakhak..

ops.. ade lg sorg la john.. amacam? nak challenge dia utk trophy pekik? hehehehe...

SSP berkata...

wahaha. aku tau ini suria pagi! (cobaan membuat spekulasi) MAT BONG-A!

Lambaian Moscow (Angkatan GPSSP-81) berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Lambaian Moscow (Angkatan GPSSP-81) berkata...

jangan dikira ini percintaan yang bersifat mortal pasangan hiper-humanoid...tidak...aku benar-benar memperkatakan tentang hubungan dan perasaan cinta aku kepada matahari, sumber kehidupan dan kematian...dan aku tidak mau bertanding...biarlah gelaran itu pada yang hak...aku mana parpu!hahaha...spekulasi omongan kosong, tekaan tak berisi, telah aku sedayanya elakkan...takut berlakunya konfrantasi pula...heheh...

Ahmad Afif berkata...

puitis

brokeN~Fleet berkata...

tapi bro,

kau x cintakan suria pagi.. selalu je kau tinggalkan dia dengan hanya kerlingan sinis setelah puas kau menikmati bulan sepanjang malam.. yang kau sangat sayang pada suria tengah hari.. tu yg ko kt minyak beku tu bertukar jadi ksatria baja hitam!!!..

wakakakaka...

agak benarlah spekulasi Mat Bong-A tu kowt.. hahahahaha.. peace

si pekak berkata...

Aku bercadang membuat puisi collabo bersama ko, pekong!
Boleh?

Tajuk~ "Selamat Datang, Perpisahan"
Sila amati betul-betul tajuk ini..apa harus diucap selamat datang kepada sang pemusnah pertemuan?

Ayo, aku harap kau dapat membuka pra-entry baru atas nama tabir akaunmu, nanti kocoret bila bertandang di lain waktu.. ko bukakan dahulu pra-entrinya okhe?

Lambaian Moscow (Angkatan GPSSP-81) berkata...

saudara pekak, ahahaaha...maaf kerna tawa aku yang tidak ditempatnya...tiada leluconnya, cuma aku agak teringat tentang kolaborasi antara khalil dan barbara young... mereka berganding mengungkap dan menyulam puisi cinta, dengan atmosfera yang agak hangat, dimana kadang kala mereka berdakap, dan terkadang bercium. tetapi tanpa rasa cinta hadir diantara mereka walau sedetak dua jantung mereka. teramat kontra antara situasi dan hasil yang dilahirkan. mungkin kerna sejarah pertalian dan rasa hormat yang besar keduanya, amat membantu menggilap bait-bait yang memancut keluar dari mulut khalil dan dizahir secara penulisan oleh young. adakah kita akan begitu? aku tidak mengenali kau dan sebaliknya. adakah kau positif hasilnya menarik? tetapi ya, persetan, kita boleh cuba... heh...

SSP berkata...

nak ada chemistry 69 la korang dua. bwahahaha. pekak n pekong mmg jadik. nak sorang lagi si neyo bole join kan? bwahaha

iklan selingan

Malaysia Web Hosting

nombor ramalan